Pegawai Polis Tembak Mati Isteri
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor
diburu kerana disyaki menembak mati seorang wanita dipercayai Isterinya
di Kampung Kakai, Serian.
Suspek yang bertugas di Balai Polis Belanga itu melarikan
diri menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga sejurus menembak mangsa
menggunakan pistol dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu.
Difahamkan suspek meluru masuk ke rumah mangsa yang ketika
itu berada di dalam biliknya dan melepaskan satu das tembakan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata
pihaknya memfokuskan siasatan dari aspek peribadi antara suspek dan mangsa.
"Mangsa merupakan seorang janda, dan kami menganggapnya
sebagai teman wanita kepada suspek kerana dalam rekod polis suspek masih
bujang.
"Kita juga tidak menolak kemungkinan suspek telah
mengahwini mangsa secara rahsia," katanya kepada Astro AWANI.
Difahamkan usaha sedang digerakkan bagi mengesan suspek yang
dikategorikan sebagai berbahaya kerana bersenjata api.
Malah, kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sarawak -
Kalimantan Barat, Indonesia yang terletak berhampiran lokasi kejadian turur
diperketatkan bagi mengelak suspek bolos ke negara jiran. - Astro AWANI
Ulasan
Catat Ulasan