Pegawai Kepada Ketua Menteri Kena Tampar Depan Masjid

Isu agama tidak seharusnya dicampur adukkan dengan politik kerana ia akan mengundang kepada kekeliruan banyak pihak.

Jika isu agama dicampur aduk dengan politik pasti akan menimbulkan perbalahan antara pihak yng lain.

Itulah yang berlaku pada Pegawai Penerangan kepada Ketua Menteri, Zaidi Ahmad, apabila dia telah ditampar oleh peserta himpunan aman membantah campur tangan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam isu fatwa di Masjid Simpang Enam, Georgetown, 2.30 petang ini.

Himpunan aman tersebut bertukar menjadi kecoh apabila dikatakan Zaidi cuba melakukan provokasi terhadap Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

Mohamed Hafiz yang ketika itu dikatakan sedang menyampaikan ucapan.

Tindakannya itu dihalang beberapa peserta sebelum seorang daripada mereka yang berang menampar mukanya secara tiba-tiba.

PEGAWAI Penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad dilihat bertekak dengan ahli perhimpunan aman bagi membantah campur tangan kerajaan negeri dalam isu fatwa yang diadakan di depan Masjid Simpang Enam, Georgetown.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya dikawal anggota polis cawangan khas (SB) yang berada di lokasi kejadian.

Perhimpunan itu kemudian berjaya disuraikan secara aman pada 2.40 petang. Sumber : Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.