Nur Sajat Dapat Gelaran Dato' Dari Tengku Mahkota Pahang , Netizen Meroyan
KUALA LUMPUR - Nur Sajat yang mempunyai 2 orang anak angkat
ini sedang giat mengembangkan perniagaannya dalam bidang produk kosmetik dan
kecantikan, ‘Let’s Cantik’ ini telah membuktikan bahawa dia akan terus menempa
kejayaan.
Ini kerana baru-baru ini Nur Sajat telah menerima Anugerah
Tokoh Tun Puteh Dari Tengku Mahkota Pahang di sebuah hotel di ibu kota
Menerusi gambar yang dimuatnaik di Instagram, Nur Sajat
meluahkan rasa bersyukur dengan pengiktirafan ini kerana disebalik kejayaan
ini, ibubapanya yang banyak memberi sokongan terhadapnya.
Sebelum ini kecoh di media social tentang jantina Nur Sajat dan
beliau juga ada mengeluarkan kenyataan mengenai dirinya.
Mak ayah sajat sentiasa menemani sajat kemana sahaja.
Alhamduillah mak ayah sentiasa mendoakan sajat hingga ke hari ini. Biar lah
orang di luar berkata apa apa sekali pun pada sajat,cuma yang faham sajat
adalah mak dan ayah sajat.
Nur Sajat redha dengan kecaman orang ramai yang masih
mempertikaikan mengenai status kelahirannya.
Kerana kelahiran sajat (khunsa) adalah rahsia mereka. Sajat
akur bukan senang untuk harungi seorang bernama Nursajat, kerana ujian Nursajat
kena kuat walaupun apa pun berlaku. Yang penting mak dan ayah sentiasa bersama
dengn sajat dan doa mereka yang sajat perlukan.
Terima kasih mak dan ayah kerana melahirkan sajat. Sajat tak
pernah marah apa yang berlaku pada sajat. Segala kecacatan sajat ini.
Sajat
terima dengan redha. Anugerah TUN PUTIH INI BUAT MAK DAN AYAH. Sajat sayang mak
dan ayah, biar lah kat luar tu nak kata apa pada sajat, yang penting mak ayah
tahu sajat siapa.” - beritapremium.com
Ulasan
Catat Ulasan