Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Pantai
Masyarakat setempat gempar dengan penemuan satu bangkai
haiwan gergasi yang terdampar di Pantai Hulung, Pulau Hatta, Maluku, Indonesia.
Bangkai berkenaan ditemui oleh sekumpulan penduduk setempat
yang sedang menangkap ikan di pesisir pantai berkenaan.
Namun dari segi bentuk fizikalnya, agak sukar untuk
memastikan apakah spesis sebenar bangkai haiwan berkenaan.
Ahli Ekologi Laut Universiti Pattimura Ambon, Masudin
Sangdaji berkata, bangkai haiwan berkenaan secara fizikalnya dilihat mirip
dengan spesis sotong gergasi.
“Daripada foto yang saya lihat, bangkai berkenaan adalah
lebih mirip kepada sotong gergasi namun melihatkan kepada saiznya ia seperti
bangkai ikan paus.
“Tetapi di bahagian kepala bangkai haiwan berkenaan adalah
sama seperti sotong. Namun ia tidak dapat dipastikan dengan jelas apakah spesis
bangkai berkenaan,” katanya memetik laporan Kompas.com.
Beliau turut mengakui agak sukar untuk mengenal pasti spesis
bangkai berkenaan kerana terdapat sepasang taring seperti gading gajah di
bahagian kepalanya.
“Beberapa penemuan yang dibuat sebelum ini, namun penemuan
kali ini agak sukar untuk disimpulkan kerana ukurannya yang besar dan memiliki
taring seperti gading gajah.
“Penelitian lanjut akan dibuat bagi memastikan apakah spesis
sebenar bangkai haiwan berkenaan menerusi ahli taksonomi laut,” ujarnya.
Ulasan
Catat Ulasan