McDonalds Terpaksa Samak Restoran Kerana Pelanggan Bawa Anjing,

JOHOR BAHRU – Rangkaian restoran makanan segera McDonald’s menyamak salah satu restorannya di Bukit Indah ekoran tindakan sekumpulan remaja membawa anjing ketika sedang menjamu selera.

McDonald’s dalam satu kenyataan berkata proses pembersihan segera dilakukan di seluruh lobi restoran berkenaan dengan mengikut tatacara dan panduan dari masjid berdekatan.

“Langkah itu dilakukan susulan tindakan sekumpulan remaja bukan Islam membawa anjing peliharaan mereka dan duduk di ruang lobi restoran berkenaan dalam kejadian, pada malam Ahad lalu.

“Kami (McDonald’s Malaysia) sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan Halal di semua premis kami,” demikian memetik kenyataan McDonald’s.

Gambar yang menunjukkan seekor anjing duduk di atas meja bersama sekumpulan remaja sedang tular di laman-laman sosial.

Ia mengundang pelbagai reaksi daripada pelayar Internet, terutama yang beragama Islam.

Sebagaimana memetik kenyataan McDonald’s menerusi Harian Metro, mereka meluahkan rasa kesal terhadap insiden terbabit apatah lagi mengganggu ketenteraman pelanggan yang lain.

Malah ia didakwa melanggar kod kebersihan Kementerian Kesihatan yang melarang haiwan peliharaan dibawa ke kedai makan, serta peraturan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). – AntaraPos

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.