Lelaki Terima Padah, Rogol Gadis OKU Hingga Hamil.

Tindakan terkutuk seorang mekanik merogol seorang gadis lembam yang dalam perjalanan pulang selepas mengaji membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara 14 tahun

Tindakan terkutuk seorang mekanik merogol seorang gadis lembam yang dalam perjalanan pulang selepas mengaji membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Mohamad Faizal Adlan Husin, 24, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 20 November 2016.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Faizal didakwa merogol mangsa berusia 23 tahun di dalam bengkel motosikal di Kampung Permatang Pasir, Bachok pada jam 8.30 malam, Julai 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(k) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian mangsa berjalan pulang ke rumahnya selepas selesai belajar mengaji al-Quran di rumah ibu saudaranya di kampung sama.

Apabila tiba di hadapan sebuah bengkel motosikal, seorang lelaki yang dikenali sebagai Pok Su (tertuduh) menarik mangsa dengan kasar dan menutup mulutnya dengan kain tudung mangsa serta mengangkatnya masuk ke kedai sebelum merogolnya.

Tertuduh kemudian mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kepada sesiapa sebelum wanita itu pulang ke rumah tanpa memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya.

Pada 18 November 2016 mangsa dibawa keluarganya ke sebuah klinik untuk pemeriksaan kerana perutnya sakit dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengandung.

Siasatan yang dijalankan, mangsa menyatakan Pok Su merogolnya. Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azlinawati Mohd Arshad memohon hukuman setimpal kerana mangsa dalam kejadian ini seorang orang kurang upaya (OKU).

“Kerana kekurangan mangsa, tertuduh mengambil kesempatan terhadapnya mengakibatkan mangsa masih trauma dengan kejadian itu,” katanya.
loading...

COMMENTS

Nama

Artis,165,Artis Dalam Negara,78,Artis Luar Negara,49,Berita Menarik,907,Berita Semasa,759,Binatang,17,Cabul,16,Curang,18,Curi,1,Dera,20,Gaduh,24,Gambar,39,Islam,106,Kantoi Luar Negara,57,Kecuaian,8,Kejam,89,Kemalangan,26,Kes Bunuh,68,Kes Kantoi,325,Kes Rogol,223,Kesihatan,63,Kisah Nabi,1,Luar Negara,793,Makanan,9,Maksiat,27,Marah,13,Movie,2,Movie Trailer,4,Penipuan,11,Perang,7,Politik,84,Politik Dalam Negara,53,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,46,Rogol Dalam Negara,29,Rogol Luar Negara,32,Rompak,7,Rumah Tangga,265,Samseng,13,Samun,6,Sedih,27,Selebriti,13,Seram,8,Sesat,4,Sukan,53,Sukan Dalam Negara,17,Sukan Luar Negara,13,Sumbang Mahram,6,Video,547,Video Dalam Negara,95,Video Kantoi,50,Video Luar Negara,123,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Lelaki Terima Padah, Rogol Gadis OKU Hingga Hamil.
Lelaki Terima Padah, Rogol Gadis OKU Hingga Hamil.
Tindakan terkutuk seorang mekanik merogol seorang gadis lembam yang dalam perjalanan pulang selepas mengaji membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara 14 tahun
https://3.bp.blogspot.com/-ITUSO-Dk03w/WS5AzXsaSrI/AAAAAAAAjH4/NJG-5vS4l98iXIqRHmsrRvc_nP6sUUhbgCLcB/s1600/WJ1.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-ITUSO-Dk03w/WS5AzXsaSrI/AAAAAAAAjH4/NJG-5vS4l98iXIqRHmsrRvc_nP6sUUhbgCLcB/s72-c/WJ1.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/05/lelaki-terima-padah-rogol-gadis-oku.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/05/lelaki-terima-padah-rogol-gadis-oku.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy