Lelaki Culik, Rogol Dan Pukul Kekasi Guna Batu Hingga Mati.

NEW DEHLI - INDIA. Seorang lelaki ditahan kerana menculik dan merogol bekas kekasihnya sebelum memukul kepala wanita itu dengan bata dan melanggarnya dengan sebuah kereta.

Polis di utara negeri Haryana berkata, mangsa yang berusia 23 tahun itu diculik oleh lelaki dan rakannya, yang kemudiannya merogol serta mencederakan dalam kes terbaharu keganasan seksual di negara itu.

Mereka kemudian membuang mayat mangsa di kawasan perindustrian terpencil.

Mayat mangsa hanya ditemui empat hari kemudian oleh penduduk setempat selepas mereka melihat anjing liar berkeliaran di mayat mangsa.

"Kami telah menahan dua lelaki di bawah beberapa pertuduhan, membunuh dan merogol, " kata jurucakap polis bandar Sonipat, Jagjeet Singh kepada AFP.

"Tertuduh utama, Sumit dan mangsa menjalinkan hubungan percintaan namun wanita itu enggan mengahwini lelaki itu. Mereka berpisah dan lelaki itu membalas dendam," katanya sambil menambah siasatan masih dijalankan.

Singh berkata, laporan bedah siasat menunjukkan mangsa diberi dadah atau ubat pelali semasa serangan ngeri itu.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berada dalam keadaan kritikal di bandar Rohtak Haryana selepas doktor mengesahkan dia sedang mengandung lima bulan akibat dirogol bapa tirinya.

Polis telah menahan lelaki itu, lapor NDTV.

India mempunyai rekod buruk berkaitan kes rogol dengan New Dehli mencatatkan 2,199 kes rogol pada tahun 2015 iaitu purata enam kes sehari.

Hampir 40,000 kes rogol dilaporkan setiap tahun dan bilangan dipercayai lebih tinggi kerana mangsa yang enggan membuat laporan ekoran stigma sosial terhadap jenayah seks dan kekecewaan terhadap sistem undang-undang.-Sinar Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.