Keluarga Enggan Terima Jenazah Wanndy Pulang

MELAKA – Keluarga ketua militan Daesh (IS atau ISIS) Asia Tenggara tidak bercadang membawa pulang mayat yang mati dibom di Syria untuk dikebumikan di sini.

Menurut kakaknya, Muhamad Wanddy Mohamad Jedi, 27, sendiri pernah menyuarakan hasrat supaya jenazahnya dikebumikan di tempat dia meninggal dunia.

“Biarlah jasadnya dikubur di sana (Syria). Lagi pun sebelum membawa haluan diri selepas kematian ibu pada 2013, Wanndy pernah pesan kebumikan di tempat dia meninggal dunia,” kata Nur Dianna Mohamad Jedi, 28, lapor Metro.

Katanya hubungan kekeluargaan antara mereka masih terjalin apabila kali terakhir berhubung dan bertanya khabar melalui Facebook tahun lalu.

“Memang dalam hati teringin atau hendak lihat wajahnya buat kali terakhir tapi mustahil, jadi biarlah hanya doa saya mengiringi pemergiannya.

“Kejadian itu juga sudah beberapa hari berlaku, mungkin jenazahnya sudah dikebumikan. Kalau tengok keadaan kereta jasadnya mungkin tidak sempurna,” katanya.

Wanndy disahkan terbunuh dalam satu serangan dron di Raqqa, Syria pada 29 April lalu.

Kerajaan Malaysia juga tidak berhasrat membawa pulang mayat Wanndy, kata timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.-Suara.TV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.