Jangan Panik Kalau Anak Kena Sawan, Buat 7 Cara Mudah Merawatnya
Ibu bapa selalu dinasihatkan supaya memantau suhu badan anak
terutama bayi ketika demam. Ini kerana bimbang bayi atau kanak-kanak kecil
mudah terkena sawan apabila mereka demam terutama bila suhu badan terlalu
tinggi.
Siapa tak risau kalau anak demam apatah lagi memikirkan
berisiko kena sawan. Ibu bapa sanggup buat apa sahaja bagi memastikan si kecil
cepat sembuh tapi kadangkala sawan berlaku juga pada sesetengah anak. Apa
sebenarnya punca sawan? Baca penjelasan tentang sawan dan cara menguruskan anak
ketika kena sawan dalam facebook Root of Science berikut.
SAWAN KETIKA ANAK DEMAM MAMPU DIELAKKAN DENGAN PEMBERIAN
UBAT DEMAM??
Sawan ketika demam merupakan perkara yang selalu berlaku
kepada kanak-kanak. Penyebab kepada berlakunya sawan ini ketika demam masih
lagi menjadi tanda tanya para saintis dan juga doktor perubatan.
Ada pendapat yang mengatakan disebabkan otak kanak-kanak
masih belum matang, maka ia boleh mencetuskan maklumat yang bercelaru di dalam
otak ketika mana suhu tinggi
Disamping itu ramai, dikalangan ibu bapa berpendapat bahawa
kawalan suhu yang bagus dapat mengelakkan anak yang demam daripada terkena
sawan. Oleh itu, ibubapa yang mempunyai sejarah anak sawan ketika demam akan
kerap memberikan ubat demam kepada anak mereka ketika demam.
Tetapi tahukah anda, PEMBERIAN UBAT DEMAM TIDAK MAMPU
MENCEGAH SAWAN?
Satu kajian telah dibuat pada tahun 2009 dan seramai 289
kanak-kanak yang pernah mengalami sawan ketika demam menyertai kajian ini.
Keputusan kajian mendapati kebarangkalian kanak-kanak ini mendapat sawan adalah
sama diantara kanak-kanak yang mengambil ubat demam ataupun tidak.[1]
Manakala pada 2013 pula, sekumpulan doktor perubatan
menggabungkan 3 kajian mengenai ‘pencegahan sawan ketika demam dengan pengambilan
ubat demam’. Kajian tersebut juga mendapati bahawa kegunaan ubat demam tidak
mampu mengelakkan sawan daripada berlaku.[2]
Bermaksud, ambil ubat demam ataupun tidak jika sawan itu nak
datang, ia pasti akan datang.
Kajian ini bukanlah membawa kesimpulan bahawa tidak perlu
beri ubat demam kepada kanak-kanak. Tetapi ia menyatakan satu aspek yang lebih
penting daripada kawalan demam iaitu PENGURUSAN ANAK KETIKA SAWAN.
Ini disebabkan sejauh mana kita kawal suhu kanak-kanak
tersebut, ia tidak mempengaruhi langsung kebarangkalian kanak-kanak tersebut
untuk mengalami sawan. Seperti yang saya katakan, jika sawan itu nak datang ia
akan datang.
Oleh itu, ibubapa yang mempunyai anak-anak seperti ini perlu
mempunyai ilmu asas untuk menguruskan anak yang sedang mengalami sawan.
Berikut adalah cara yang mudah untuk anda menguruskan anak
anda ketika sawan:
1) Jangan panik: Sebagai Ibubapa, anda tidak perlu terlampau
panik sehingga mana anda lupa langkah-langkah yang seterusnya. Jika lupa, anda
mungkin akan membahayakan nyawa anak anda.
2) Lihat jam untuk mengetahui pukul berapa sawan itu bermula
3) Jauhkan pesakit daripada bahan-bahan ataupun kawasan yang
berbahaya
4) Letak pesakit secara mengiring ke kiri: Sebenarnya jika
anda lupa, mengiring sebelah kiri dan kanan pun tak kisah. Tetapi yang paling
tepat adalah mengiring sebelah kiri. Ini kerana ketika sawan, lelehan air liur
ataupun makanan boleh masuk ke dalam saluran trakea iaitu saluran paru-paru.
Air liur ataupun makanan ini boleh memasuki paru-paru
melalui bronchus. Tetapi bronchus paru-paru sebelah kanan lebih lurus
berbanding paru-paru sebelah kiri menyebabkan paru-paru sebelah kanan lebih
senang dimasuki air liur ataupun makanan tersebut. Oleh itu, mengiring ke kiri
adalah lebih baik ketika berlakunya sawan.
5) Dilarang untuk meletak barang di dalam mulut pesakit.
Orang terdahulu menyuruh kita meletakkan sesuatu di dalam mulut ketika sawan
berlaku. Tetapi didapati perbuatan itu hanya menerukkan lagi keadaan pesakit
seperti gigi pesakit boleh patah dan pesakit tercekik, trauma pada lidah dan
lain-lain lagi.
6) Sapu sebarang lelehan air liur daripada mulut pesakit.
Ini untuk mengelakkan daripada saluran udara tersumbat dengan perkara tersebut
7) Jika sawan sudah berhenti, bawa terus ke jabatan
kecemasan
Wajib pergi bawa terus pergi hospital jika
1) Muka pesakit menjadi biru
2) Sawan lebih daripada 3 minit.
3) Pesakit terus tidak sedarkan diri
Perkara yang kami katakan buka menunjukkan tidak perlu
menggunakan ubat demam. Tetapi lebih kepada kefaham ibubapa berkenaan perkara
ini dan pentingnya ibubapa tahu macam mana nak uruskan kanak-kanak yang sedang
sawan.
Harap maklumat ini membantu anda
Sumber: Facebook Root of Science
Ulasan
Catat Ulasan