Jadikan Tun Dr Mahathir Calon Perdana Menteri Pembangkang - Zaid

PETALING JAYA: Jika pembangkang mahu mempunyai peluang realistik memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRu14), Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dipujuk untuk menjadi calon perdana menteri, kata Datuk Zaid Ibrahim.

Bekas menteri itu yang kini bersama DAP berkata ahli Pakatan Harapan perlu melupakan 'rasa bangga diri' dan mengambil pendekatan bijaksana memilih Dr Mahathir sebagai ketua mereka.

"Hanya Tun Dr Mahathir lawan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) boleh memajukan negara seperti yang lain. Hanya Tun M lawan Najib boleh menyakinkan orang Melayu terutamanya masyarakat Felda bahawa mengubah kerajaan Umno boleh dilaksanakan," katanya.

Zaid berkata jika perkara itu tidak berlaku, pembangkang hanya kekal dalam kedudukan sama untuk beberapa tahun akan datang.

"Orang ramai lupa bahawa pilihan raya di negera ini terutamanya ditentukan masyarakat Felda dan kawasan luar bandar. Jika anda tidak menangani isu ini, anda akan kalah semula," katanya dalam laman blog pada Selasa.

Zaid juga berkata sekutu Pakatan Harapan tidak membangkitkan keyakinan kerana mereka belum memilih calon perdana menteri.

"Mengapa mereka yang bergelar reformis dan pemimpin pembangkang berkorban sekali lagi dan menerima pilihan raya ini adalah lanjutan kepada perjuangan menentang Umno dan lebih baik bagi kita menyokong puak yang menyokong kita," kata Zaid.

"Berikan Pribumi pembahagian kerusi yang wajar, jadikan Dr Mahathir calon PM anda biarkan ahli Umno bergaduh sesama mereka.

Dr Mahathir sebelum ini berkata beliau tidak akan bertanding pada PRU14.-mStar Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.