Isteri Ada Skandal Punca Pegawai Polis Tembak Mati Isteri.

Susulan kes seorang anggota polis berpangkat Inspektor yang menembak mati isterinya di Kampung Kakai, Serian, Sarawak, pada jam 3.15 petang semalam telah ditahan oleh polis di pasar raya di Matang Jaya, Matang, Kuching, Sarawak semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Siti Nadirah Abdullah (Christie) berusia 33 tahun ditemui terbaring oleh seorang ahli keluarganya di dalam rumah.

Selepas menembak isteri yang sebenarnya tengah mengadung dua bulan, suspek yang merupakan Ketua Polis Balai Belaga, Sarawak itu terus melarikan diri dengan kereta jenis Proton Saga bersama pistol yang digunakan untuk menembak isterinya itu.

Dalam rekod polis pula, mangsa tiada dalam rekod sebagai isteri suspek dan dalam siasatan polis, mangsa hanyalah disahkan sebagai teman wanita sahaja.

Menurut sumber yang kami perolehi, mangsa adalah isteri ketiga dan punca pegawai polis menembak isterinya kerana cemburu isterinya yang mempunyai skandal dengan salah seorang ahli perniagaan berbangsa Cina.

Ibu mangsa berusia 62 tahun yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian dia sedang menonton televisyen di ruang tamu dan nampak menantunya tiba-tiba pulang ke rumah terus masuk ke dalam bilik.

“Tidak berapa lama kemudian saya terdengar bunyi dua das tembakan dari dalam bilik itu dan menantu saya pula keluar lalu melarikan diri menggunakan keretanya.

“Saya terus menerpa masuk ke dalam bilik dan terkejut apabila melihat Siti Nadirah sudah terbaring di atas katil dengan kesan darah di kepala dan leher kirinya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Rumah Mayat Hospital Serian hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, anak­nya yang tinggal di Belaga dan suspek berada di sini kira-kira seminggu disebabkan menantunya dikatakan berkursus di Kuching.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.