Gesa Pemilik Kedai, Mangsa Kes Samun Dan Rogol Tampil.

SERDANG – Polis menggesa mangsa terlibat dengan kes samun dan rogol yang dikatakan berlaku di sebuah premis di Puchong Kinrara dan tular di laman sosial sejak semalam tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohammad Aminudin Megat Alias berkata, sehingga pagi tadi pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu.

Bagaimanapun, katanya polis giat menjalankan siasatan lanjut untuk mengesahkan kejadian tersebut.

“Setakat ini, Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian samun dan rogol seperti tular di media sosial sejak semalam.

“Bagaimanapun satu pasukan penyiasat ditubuh untuk mengenalpasti lokasi kejadian,  mangsa serta suspek terlibat,”katanya pihaknya  menggesa mangsa serta pemilik premis tampil bagi membantu siasatan.

Megat Mohammad berkata, pihaknya juga  meminta kerjasama semua pihak supaya  tidak membuat sebarang spekulasi dan menghentikan penyebaran berita tersebut hingga dapat disahkan pihak polis.

Beliau berkata, orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan kepada mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam pada itu, rakaman video dipercayai kes samun dan rogol juruwang sebuah kedai perjudian yang menjadi tular di media sosial sejak kelmarin menerima pelbagai maklum balas netizen.

Rakaman video berdurasi 4.04 minit itu memaparkan seorang lelaki leka dengan perbuatan jijiknya bersama seorang wanita dipercayai pekerja premis tersebut.

Manakala seorang lagi rakan suspek bertopi keledar dirakam mundar-mandir dalam kedai dipercayai memantau keadaan sekeliling sebelum bergilir melakukan perbuatan terkutuk terhadap wanita terbabit.

Dalam penyebaran maklumat video yang tular di laman sosial, dua suspek terlibat dengan kejadian terbabit dikatakan juga sudah ditahan polis.-Sinar Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.