Gadis Dirogol 7 Lelaki Sebelum Kepalanya Digilis Hingga Hancur Dan Diberi Makan Kepada Anjing.

Seorang gadis dirogol bekas teman lelaki dan enam rakannya yang lain sebelum kepalanya digilis dengan tayar kereta bagi mengelakkan mayat mangsa dikenalpasti, lapor Daily Mail.

Mayat mangsa berusia 23 tahun ditemui dalam keadaan tidak sempurna di mana sebahagian badannya telah dibiarkan di makan anjing, selepas diculik dari Sonipat dan dibawa ke bandar Rohtak, utara India.

Mangsa dirogol bergilir-gilir dan diseksa dengan objek tajam sebelum kepalanya dihentak dengan batu-bata selepas mangsa mengugut mahu melaporkan perkara itu kepada polis.

Mangsa kemudian diserang dan kepalanya digilis tayar kereta agar identitinya tidak dapati dikenalpasti, lapor media tempatan.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan dua lelaki, Sumit Kumar dan rakannya, Vikas.

Ahli keluarga mangsa yang telah mengenalpasti mayat tersebut memaklumkan kepada polis bahawa sebelum kejadian itu berlaku, Sumit dan beberapa lelaki telah datang ke rumah dan mengugut mangsa selepas menolak lamaran untuk berkahwin dengannya.

Pegawai polis, Ajay Kumar mengesahkan mangsa tinggal bersama ibunya.

“Dia keluar bekerja pada 9 Mei sekitar jam 7 pagi apabila Sumit dan rakannya, Vikas menculik mangsa dengan sebuah kereta.

“Kami telah menemui mayat mangsa yang kemudian disahkan penduduk di Kalupur Chungi, kawasan Sonipat. 

Siasatan sedang dijalankan dan kami telah menahan suspek utama dan rakannya.

“Sumit telah mengaku melakukan jenayah itu dan memberitahu mereka telah membunuh mangsa selepas merogolnya,” kata Ajay Kumar.

Laporan bedah siasat mendapati kepala mangsa telah dipukul suspek yang cuba membunuhnya.

“Laporan bedah siasat mendedahkan, mangsa telah diberikan dadah melalui air minuman ringan sebelum dirogol dan dibunuh ketika berada dalam keadaan separa sedar.

“Kepala mangsa telah dihancurkan dengan begitu kejam sekali,” kata pegawai forensic.

“Kami juga menemui beberapa tulang mangsa patah,” katanya.

Dalam keterangan keluarga mangsa kepada pihak polis, Sumit sebelum itu kerap memaksa mangsa berkahwin dengannya tetapi mangsa menolak kerana lelaki itu tidak bekerja.

Meskipun lamaran ditolak, Sumit selalu memerhatikan mangsa. Seminggu sebelum diculik, mangsa bertindak menampar lelaki itu yang cuba menghalang jalannya.

Polis berkata, Sumit mengaku menculik mangsa dan membawanya ke Rohtak berhampiran Bandar Prasnath. 

Sekali lagi, dia cuba meminta mangsa bersetuju berkahwin dengannya, tetapi jawapannya tetap sama. Berang lamaran ditolak, Sumit terus melakukan jenayah itu sebelum membunuh mangsa.

“Saya jatuh cinta dengan dia dan dia juga cintakan saya. Tetapi berlaku perbalahan kecil di antara kami, menyebabkan saya membunuhnya dengan batu-bata,” kata Sumit.

Ibu mangsa menuntut pihak polis mengambil tindakan terhadap kesemua suspek yang terlibat digantung sampai mati.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.