Ezlynn Memfailkan Penceraian Ke Atas Suaminya.

Apalah nak jadi dengan artis di Malaysia ini, kahwin cerai dah jadi asam garam dalam kehidupan dunia artis ini dan bagi dia orang ini tukar pasangan macam tukar baju saja.

Lagi kisah rumah tangga artis yang bergolak dan baru-baru ini mengikut laporan yang dipetik dari Utusan, penyanyi Ezlynn yang terkenal dengan lagu berjudul Hi Hi Bye Bye telah memfailkan  permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Pelakon Filem Zombi Kampung Pisang, Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, 36, memfailkan permohonan cerai tersebut melalui peguamnya, Izyan Hazwani Ahmad mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Januari lalu.

Walau bagaimanapun, suami Ezlynn, Adam Fahmy Shamsudin, 38, tidak bersetuju dengan permohonan penceraian tersebut dan mahkamah memerintahkan mereka menghadiri sesi Jawantankuasa Pendamai (JKP).

Ezlynn selaku plaintif melantik kakak kandungnya sebagai wakil JKP manakala suaminya yang dinamakan sebagai defendan melantik adik kandung beliau.

Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor menetapkan 11 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi mendengar laporan JKP itu.

Dalam proses perceraian, jawatankuasa pendamai ini terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan tersebut bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Ezlynn dan Fahmy mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 namun sehingga sekarang pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata. – Utusan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.