Budak Dua Tahun lemas Dalam Baldi, Ibu Dan Teman Lelaki Ditahan.

Kalau nak di ikutkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun apa sajalah yang dia tahu, sepatutnya kanak-kanak seusia begitu seharusnya di temani orang dewasa walau kemana pun pergi.

Apatah lagi nak ke tandas, tandas merupakan satu tempat yang bahaya untuk budak berusia dua tahun, macam-macam boleh jadi kalau tiada orang dewasa yang menemani ke tandas.

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun lemas selepas terjatuh ke dalam baldi di pejabat teman lelaki ibunya di Meru, Ipoh, semalam.

Dalam kejadian 5 pagi itu, Fatini Aleysha Abdul Karim disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat terjatuh ke dalam baldi.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang mahu membuang air besar dibawa ke tandas oleh teman lelaki ibunya berusia 31 tahun manakala ibunya berumur 41 tahun menunggu di kereta.

Sehubungan itu, ibu mangsa dan teman lelakinya ditahan polis semalam bagi membantu siasatan dan direman pagi ini di Mahkamah Majistret Ipoh.

Mereka dibawa ke mahkamah 10.30 pagi sebelum Penolong Pendaftar Wong Lok Hai membenarkan wanita berkenaan direman selama empat hari manakala teman lelakinya direman enam hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati berlaku kecuaian sehingga mengakibatkan mangsa terjatuh ke dalam baldi.

"Lelaki berkenaan membawa mangsa naik ke pejabatnya untuk membuang air besar manakala ibu mangsa menunggu di dalam kereta sebelum lelaki berkenaan turun dalam keadaan cemas dan memberitahu kanak-kanak itu jatuh ke dalam baldi.

"Mereka kemudiannya membawa mangsa ke HRPB sebelum disahkan meninggal dunia dan laporan bedah siasat mendapati kematian berpunca akibat lemas," katanya.

Sum berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.-harianmetro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.