Bintang Manchester Paul Pogba Menunaikan Umrah??

BIntang Manchester United Paul Pogba dikatakan sedang mengerjakan umrah sempena kedatangan Ramadan.

Perkara ini diketahui melalui dua gambar yang tular di seluruh dunia, menunjukkan seorang lelaki sedang mengerjakan umrah, mirip wajah Pogba.

“Paul Pogba di Makkah hari ini, melakukan umrah,” tulis seorang pengguna akaun Twitter @AkhiNextDoor.

Sehubungan itu, Bersama tweet itu adalah dua gambar yang dikatakan Pogba sedang memakai ihram.

Jika benar itu dirinya, ini bermakna Pogba yang sebelum ini memiliki rambut warna emas tetapi telah menghitamkan semula rambutnya.

Sebelum gambar ini tersebar, Pogba telah memuat naik sebuah video di akaun Instagram peribadinya.

Menerusi video tersebut, dia memegang sebuah bagasi putih bersama beg sandang untuk pergi ke suatu tempat yang tidak dinyatakan.

“Dalam perjalanan bagi mengucapkan terima kasih untuk tahun ini. Jumpa lagi Manchester,” tulisnya pada gambar tersebut, lapor mStar.

Setakat ini pemain ini belum mengesahkan perkara ini.
Bagaimanapun beberapa peminatnya telah memberikan komen di video Pogba.

“Selamat datang ke Makkah,” tulis seseorang dengan akaun Instagram @lijzv.

“Selamat datang ke Arab Saudi,” tulis pemilik akaun Instagram @saleh4g.

“Semoga Allah menerima doa dan umrahmu,” @musaadalmurays pula menulis.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.