Betapa Hina Diri Ini, Suami Lafaz Cerai Melalui Facebook.

Setiap ibu bapa lebih mengetahui apa yang terbaik buat anak-anak mereka, seandainya kita melawan kata-kata mereka semestinya kita boleh di kategorikan sebagai anak derhaka. Ibu bapa mana yang tidak mahu anak-anak mereka hidup bahagia.

Tapi beringatlah wahai anak-anak di luar sana, untuk hidup berjaya dalam hidup serta bahagia restu ibu bapa itu amat penting, tanpa restu mereka kita tak akan ke mana pun kerana doa ibu bapa selalu dimakbulkan oleh Allah SWT.

Di sini saya tertarik untuk kongsikan satu kisah seorang wanita yang telah dikongsikan olehnya di pages Kisah Rumah Tangga baru-baru ini. Ikuti kisah wanita berusia 21 tahun ini untuk dijadikan teladan serta pengajaran buat semua di luar sana..

Saya hanya berkongsi pengalaman hidup yang tak seberapa. Saya mimi(bukan nama sebenar). Saya merupakan seorang janda.

Ya, saya mendapat gelaran janda pada usia yang sangat muda, ketika berumur 21tahun dan bekas suami juga sebaya.

Asalnya kami bercinta selepas habis tingkatan 6 ketika berumur 19tahun. Saya mengenali beliau sebagai seorang yang alim, juga dipanggil ustaz oleh orang sekeliling. Seorang yang saya hormati serta kagumi dan pasti menjadi rebutan wanita-wanita solehah.

Ditakdirkan kami saling jatuh cinta. Setahun kemudian dia dan saya mendapat rezeki sambung belajar, saya di universiti tempatan, manakala dia di universiti luar negara. Universiti yang melahirkan ribuan ilmuan di dalamnya, Al-Azhar Mesir.

Setahun di pengajian, dia menyatakan hasratnya untuk menikahi saya. Saya meminta dia datang ke rumah untuk berkenalan dengan mak ayah serta keluarga saya ketika dia bercuti semester, sekaligus menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya.

Tapi permintaanya ditolak secara baik oleh mak ayah saya dengan nasihat supaya menangguhkan hajat kami sehingga habis pengajian.

Tapi dia tetap beria-ia mahu memperisterikan saya sehingga dia merancang untuk kahwin lari di siam. Dari sinilah bermula segalanya.

Saya bersetuju, dengan harapan dan yakin akan dia. Bila diingatkan balik, betapa bodohnya saya ketika itu. Wang pengajian yang saya dapat habis dibelanjakan untuk menikah disana, segalanya saya support termasuk mas kahwin.

Betapa jahilnya saya ketika itu tapi Alhamdulillah saya dan dia selamat bernikah di sana secara rahsia.

Tapi segala yang buruk pasti akan diketahui juga akhirnya, dan ibu bapa saya mendapat tahu secara tak sengaja, Allah sebaik-baik perancangan.

Dengan ketiadaan dia disisi, kami yang hanya berhubung sekali sekala melalui whatsapp dan fb. Saya mendapat kecaman dari kawan serta keluarga sekeliling. Sedih, perit, sakit semuanya ada.

Tapi lebih mengecewakan saya, dia juga sudah mula berubah sikap. Tiba-tiba selalu mencari silap saya, hampir setiap hari dia bergaduh dengan saya, berpuluh-puluh hinaan dan makian saya terima dari dia.

Alhamdulillah Allah beri saya kekuatan untuk sabar, diam dan terima segala kata-katanya. Hinggalah suatu hari, dia melafazkan cerai pada saya. Cerai yang dilafazkan hanya melalui facebook, betapa hinanya diri saya.

Masa itu saya rasa dunia gelap, serasa bangunan disekeliling runtuh menghempap saya.

7 bulan, ya baru 7 bulan kami mendirikan rumahtangga, dengan seorang yang saya kenali sebagai ustaz yang saya yakin boleh bimbing saya, dengan seorang yang amat saya percaya dan harapkan, tapi segalanya musnah sekelip mata.

Saya merayu untuk rujuk semula, tapi di balas dengan kata kejian demi kejian. Terduduk saya baca ayat yang dia lafazkan pada saya. Apa salah saya? Apa yang saya dah buat hingga saya dihukum begini?

Akhirnya saya pulang kepada keluarga saya dengan masa depan yang musnah, dan pengajian saya tak dapat diteruskan.

Saya tahu mak ayah, keluarga kecewa dengan perbuatan saya, tapi mereka tetap menerima saya dengan hati yang terbuka. Ya, saya dah buat kesalahan yang paling besar dalam hidup saya.

Bila mereka dapat tahu yang saya sudah bercerai, lagi kecewa hati mereka. Saya menangis tak sudah kerana saya tahu saya dah hancurkan hati insan-insan yang lebih meyayangi saya.

Keluarga saya minta untuk kami bersatu semula, mereka merayu supaya jangan malukan mereka lagi.

Ya Allah, ampunilah dosa aku kerana melukakan hati mereka. Saya setuju untuk kembali bersatu, tapi lelaki itu sebaliknya.

Puas saya merayu, keluarga saya sanggup sponser tiket kapal terbang pergi balik, dia tetap tak nak, dia tak nak balik, malah dia seolah lepas tangan dan tak mahu ambil tahu langsung.

Baru saya nampak perangai sebenar dia. Dia yang aku kenali sebagai seorang yang alim, baik, hormat org tua, itu hanya dulu. Kini semuanya dah berubah, dan dia menutup kesalahannya dengan serban di atas kepalanya, dayus, dan tidak bertanggungjwab.

Sekarang sudah 3 tahun berlalu, bertahun saya cuba bangkit dari jatuh dan gagal. Bertahun saya memencilkan diri, saya menjadi seorang yang pendiam serta seorang yang murung.

Bertahun saya cuba merawat luka sendiri, cuba menyedari hakikat yang aku sekarang seorang janda.

Dan semuanya semangat dari keluargaku sendiri. dia langsung tak munculkan diri, langsung tak mohon maaf pada keluarga saya.

Malah keluarga saya yang mula-mula pergi berjumpa dengan keluarga untuk selesaikan semua.

Sehingga ke hari ini luka berdarah yang ditoreh masih mengalir. Lumpur ini akan tetap terpalit sepanjang hidup saya. Terima kasih mak ayah dan keluarga kerana tetap bersama diri ini.-Kisah Rumah Tangga

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.