Bayi Lelaki Ditemui Di Taman Permainan.

Seorang bayi lelaki baru lahir dibalut dengan kain batik ditemui ditinggalkan di taman permainan kanak-kanak Taman Pegola, dekat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, hari ini.

Bayi berkenaan dijumpai jam 7.30 pagi oleh seorang bekas guru yang kebetulan sedang berjoging di taman itu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, bayi itu ditemui dalam keadaan cukup sifat dan sihat.

“Bayi berkenaan ditemui seorang lelaki dalam keadaan dibalut dengan kain batik dan diletakkan atas alat permainan papan gelongsor.

 “Bagi memastikan tahap kesihatannya, bayi itu dibawa ke Hospital Slim River untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - Berita Harian Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.