Arwah Tak Mahu Saya Terus Bersedih, Kata Ibu Mohamad Thaqif

“Arwah tidak mahu saya terus bersedih…,” kata ibu Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, Felda Wani Ahmad, 40 ketika menceritakan mimpi bertemu Allahyarham anaknya itu minggu lalu.

Menurutnya, dalam mimpi itu dia dapat melihat kelibat anaknya duduk di kerusi sambil memegang Yasin yang dihadiahkan Permaisuri Johor.

Felda Wani berkata, jika sebelum ini saban hari dia akan menangisi pemergian anaknya terutamanya di hari-hari awal Allahyarham yang merupakan anak sulung lelaki dalam keluarga itu meninggal dunia.

Bagaimanapun selepas mengalami mimpi itu dia lebih tenang dan lega kerana menganggap ia sebagai petanda bahawa Allahyarham memintanya agar jangan terus bersedih.

“Saya dapat lihat dalam mimpi itu arwah duduk di kerusi dalam keadaan sempurna kedua belah kakinya juga ada. Sebaik mendapat mimpi tersebut perasaan saya agak lega sedikit berbanding sebelumnya.

“Mungkin melalui mimpi itu arwah tidak mahu saya terus bersedih,” katanya ketika ditemui di rumah bapanya dekat Felda Bukit Aping Timur di sini.

Tambahnya, sejak pemergian Allahyarham dia tidak boleh menjamah nasi lemak ayam berikutan makanan tersebut merupakan kegemaran Mohamad Thaqif Amin.

Katanya, selain meminati nasi arab buatan air tangannya, Allahyarham juga sangat menggemari nasi lemak ayam malah ketika hayatnya Allahyarham akan menikmatinya tidak kira masa.

“Saya memang tidak boleh makan nasi lemak ayam sejak pemergian arwah. Malah seminggu sebelum arwah meninggal saya juga ralat kerana arwah ada minta saya untuk masak nasi arab. Masa tu saya ingat mahu masakkan selepas dia keluar hospital namun tak sempat,”katanya lagi.

Ketika ditanya tentang perasaan selepas dimaklumkan penggalian semula kubur anaknya itu, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Tiram berkata, sebagai seorang ibu sudah pasti perasaannya bercampur baur.

Katanya, apatah lagi jenazah arwah sudah hampir sebulan dikebumikan dan pelbagai andaian bermain di fikiran apabila memikirkan kubur anaknya itu akan digali semula.

“Fikir la sendiri macam mana perasaan saya sebagai seorang ibu. Dalam fikiran saya sudah pastilah fikir kaki arwah mesti sudah berbau dan sebagainya.

“Namun apabila doktor menunjukkan kaki arwah kepada saya sebelum dibawa ke hospital, alhamdulillah tiada bau apa-apa dan masih keadaan baik,” katanya. – Sinar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.