'Akulah Tuhan, Sembahlah Aku' Kejutkan Jemaah

"Akulah Tuhan, sembahlah aku" kata-kata itu mengejutkan ratusan jemaah Masjid Amru Ibni Al'As, Bandar Baru Sentul, yang sedang solat Isyak kira-kira jam 8.50 malam tadi.

"Akulah Tuhan, sembahlah aku"  kata-kata itu mengejutkan ratusan jemaah Masjid Amru Ibni Al'As, Bandar Baru Sentul, yang sedang solat Isyak kira-kira jam 8.50 malam tadi.

Laungan itu diikuti dengan kata-kata "ha bagus, sembah lagi" ketika jemaah sedang rukuk dan sujud.

Meskipun terganggu dengan situasi mengejutkan itu ia bagaimanapun tidak menjejaskan solat yang masuk pada rakaat ketiga setelah imam menguatkan suara.

Salah seorang jemaah, Mohd Ali Oshman, 52, yang berada di saf ketiga ketika kejadian berkata, dia terkejut dan terganggu dengan insiden itu.

Katanya, lelaki berkenaan dipercayai tidak bersama dalam saf solat namun tiba-tiba masuk ke ruang solat utama mengadap jemaah sambil melaungkan kata-kata itu.

"Imam menguatkan bacaan takbir 'Allahhuakhbar' bagi meredakan situasi sebelum beberapa kakitangan dapur masjid datang membawa keluar lelaki itu,"katanya.

Seorang lagi penduduk,  Mohd Syabandi Saarani, 40, berkata, ketika insiden itu dia sedang mengambil wuduk.

"Saya dengar kekecohan itu dan bunyi bising ketika ada pihak yang membawa lelaki itu keluar dari dalam ruang solat,"katanya.

Sementara itu, Bilal masjid, Reza Iskandar, yang mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun menasihati jemaah agar tidak bimbang dengan keadaan itu kerana dalam keadaan terkawal.

Ujarnya, insiden itu merupakan kejadian ketiga pada tahun ini melibatkan individu sama di mana lelaki berkenaan juga pernah mengaku diri sebagai dajjal.

"Lelaki berusia 30-an itu merupakan kariah tetap masjid dan mempunyai masalah kesihatan mental dan bergantung dengan ubat. Dia dalam keadaan berhalusinasi dan tidak sedar apa yang dia buat.

"Sebelum ini ada laporan polis telah dibuat. Namun untuk hari ini pihak masjid telah uruskannya. Tiada sebarang keganasan berlaku dan semuanya terkawal.

"Lelaki ini dikenali dengan perwatakan yang baik dan merupakan jemaah tetap pada setiap solat fardu di masjid ini," katanya. - Sinar Harian
loading...

COMMENTS

Nama

Artis,165,Artis Dalam Negara,78,Artis Luar Negara,49,Berita Menarik,911,Berita Semasa,764,Binatang,17,Bunuh Diri,1,Cabul,16,Curang,18,Curi,3,Dera,20,Gaduh,25,Gambar,40,Islam,106,Kantoi Luar Negara,57,Kecuaian,9,Kejam,91,Kemalangan,26,Kes Bunuh,69,Kes Kantoi,327,Kes Rogol,224,Kesihatan,63,Kisah Nabi,1,Luar Negara,793,Makanan,9,Maksiat,27,Marah,15,Movie,2,Movie Trailer,4,Penipuan,12,Perang,7,Politik,84,Politik Dalam Negara,53,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,47,Rogol Dalam Negara,30,Rogol Luar Negara,32,Rompak,7,Rumah Tangga,265,Samseng,13,Samun,6,Sedih,27,Selebriti,13,Seram,8,Sesat,4,Sukan,54,Sukan Dalam Negara,18,Sukan Luar Negara,13,Sumbang Mahram,6,Video,550,Video Dalam Negara,98,Video Kantoi,51,Video Luar Negara,123,
ltr
item
Wartawan Jalanan: 'Akulah Tuhan, Sembahlah Aku' Kejutkan Jemaah
'Akulah Tuhan, Sembahlah Aku' Kejutkan Jemaah
"Akulah Tuhan, sembahlah aku" kata-kata itu mengejutkan ratusan jemaah Masjid Amru Ibni Al'As, Bandar Baru Sentul, yang sedang solat Isyak kira-kira jam 8.50 malam tadi.
https://4.bp.blogspot.com/-o1tRP6cvWJk/WSuXWEnSfRI/AAAAAAAAi-c/7jOpeVZl4tkq1LXWQA53dTIem5mrqRbNwCLcB/s1600/WJ1.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-o1tRP6cvWJk/WSuXWEnSfRI/AAAAAAAAi-c/7jOpeVZl4tkq1LXWQA53dTIem5mrqRbNwCLcB/s72-c/WJ1.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/05/akulah-tuhan-sembahlah-aku-kejutkan.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/05/akulah-tuhan-sembahlah-aku-kejutkan.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy