Kepada Non Muslim Di Malaysia, Ini Tentang Bulan Puasa Kami.

Pada setiap tahun, kami (muslim) akan berpuasa selama satu bulan penuh. Ini dimulai ketika ada pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang biasanya dibuat serentak di stasiun TV dan Radio.

Diperkirakan tahun ini kami semua akan berpuasa mulai dari tanggal 27 Mei hingga 24hb Juni 2017. Dan ia serentak terjadi di seluruh dunia.

Untuk bulan puasa, biasanya kami akan:

1. Tidak makan dan minum sepanjang waktu bekerja biasa (8.00 pagi hingga 5.30 petang). Kami sudah mengambil sahur (makan pagi sekitar jam 5.00 pagi) kemudian akan berbuka puasa (makan kembali) pada jam sekitar 7.00 sore / malam.

Jadi ada kemungkinan kami akan penat dan lapar. Bagi yang bekerja berat, ia memang sebuah ujian. Harap kamu paham ya.

2. Jika ada pertemuan, tidak menjadi masalah untuk sediakan minuman dan makanan kepada teman bukan Islam yang lain.

3. Kami juga biasanya akan banyak menghabiskan waktu dengan membaca Al-Quran yang mana itu merupakan kitab suci umat Islam di seluruh dunia.

4. Pada malam hari, sekitar jam 3.00 sore ke atas, akan ada bazar atau pasar di daerah perumahan dan pekan. Dinamakan sebagai Bazar Ramadan.

Kamu juga boleh memeriahkannya dengan membeli lauk pauk, kuah muih dan minuman seperti kami untuk berbuka puasa.
Oh ya, biasanya pada bulan ini, banyak syarikat menbenarkan kami pulang awal dari waktu biasa . Ini untuk kami mengambil sedikit masa untuk menyediakan juadah berbuka.

5. Pada waktu malam, kami akan banyak memenuhi masjid dan surau kerana pada setiap bulan puasa ini datang, maka akan ada sembahyang yang bernama solat sunat terawih. Oleh yang demikian, kendaraan parking akan memenuhi ruang tepi kiri dan kanan masjid atau surau.

6. Jika kamu ingin makan atau minum pada waktu kerja, silakan. Tak perlu malu atau segan di depan kami semua.

7. Jika kamu ingin mencuba berpuasa, kamu boleh bertanyakan kepada teman dekat atau teman sekerja yang dekat dengan kamu ya. Cubalah perlahan.

8. Setelah berpuasa selama 1 bulan, kami semua akan menyambut hari raya. Hari tersebut, kami semua tidak lagi berpuasa.

Terima kasih kerana menghormati dan menyantuni kami ya. – Khairul Hakimin Muhammad

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.