9 Gambar Individu Terlibat Kes Jenayah Termasuk Membunuh Diburu.

Kota Bahru – Sembilan individu diburu pihak polis bagi membantu siasatan membabitkan pelbagai kes jenayah yang berlaku di negeri ini termasuk kes bunuh.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kesemua suspek lelaki yang berusia 23 hingga 54 tahun dipercayai telah menghilangkan diri dan gagal dikesan pihak polis selepas melakukan kegiatan terbabit.

Beliau berkata, sembilan lelaki berkenaan masing-masing
  1. Ali Amirul Aliff Rosdi, 23,
  2. Mohamad Nasarudin Abdullah, 23,
  3. Mohamad Fariq Haris Fadzilah, 24,
  4. Mohamad Faizul Fikry Zakaria, 25,
  5. Mohd. Hafis Ziqkryhand Zukri Kini, 27,
  6. Mohd. Amirul Afizam Mat Aripin, 29,
  7. Mohd. Shaifuldin Wie, 33,
  8. Mazlan Mustapha, 43, dan
  9. Kwok Boon Sin, 54.

“Pihak polis sudah lama mencari mereka bagi membantu siasatan termasuk kes bunuh, cubaan bunuh, curi kenderaan, samun dan dadah yang berlaku di negeri ini, namun sehingga kini mereka gagal dijejaki.

“Kita percaya semua lelaki itu kini berkemungkinan berada di luar Kelantan dan mereka diminta tampil di mana-mana balai polis berdekatan untuk bekerjasama dengan pihak polis,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, selain itu polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kesemua lelaki itu diminta tampil untuk membantu siasatan pihak polis.

Jelasnya, orang ramai tidak perlu berasa takut dan bimbang untuk menyalurkan maklumat kerana identiti diri mereka akan dilindungi selain tidak didedahkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.