6 Gambar: Jururawat Seksi Dipaksa Letak Jawatan Selepas Gambarnya Tular.


Akibat berpakaian terlalu seksi hingga tular di media sosial, seorang jururawat sebuah hospital swasta di Isan, Thailand, terpaksa meletak jawatannya selepas ia tidak disenangi pihak pengurusan.

Menurut DailyMail, gambar Parichat ‘Pang’ Chatsri, 26, berpakaian seragam jururawat yang agak ketat dengan skirt di atas lutut mengundang komen negatif di media sosial selepas disiarkan di laman web Thai Nurse Lovers Association.

Ada pengguna media sosial menuduhnya berpakaian tidak sopan dan mencalarkan profesion jururawat.

Berikutan komen negatif itu, Parichat memohon maaf secara terbuka.

“Saya sudah memberi penjelasan kepada pihak pengurusan hospital namun mereka anggap kejadian itu merendahkan imej hospital.

“Saya faham dan tidak mahu ia diperbesarkan, jadi saya letak jawatan.

“Saya memohon maaf kepada semua Majlis Jururawat dan Bidan Thailand serta hospital,” katanya, lapor Metro.

Menurutnya, dia tidak mahu menimbulkan masalah dan bertanggungjawab terhadap kejadian itu.-Suara.TV



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.