PBB Beri Amaran Risiko Perang Nuklear Kini Terlalu Tinggi
NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran
bahawa risiko untuk perang nuklear tercetus akibat ‘kesilapan malapetaka’
berada pada tahap kritikal.
Menurut laporan Institut Kajian Perlucutan Senjata PBB
(UNIDR), situasi tersebut boleh berlaku disebabkan kegagalan sistem automatik
(senjata nuklear) yang rumit dan mencetuskan kejadian yang boleh meragut
berjuta-juta nyawa.
Jelas laporan itu, program pencegahan nuklear masih bertahan
sehingga tempoh tertentu.
“Risikonya sangat tinggi dan jika nasib tidak baik,
malapetaka akan menyusul,” tambah laporan itu seperti dilaporkan portal Mail
Online.
Selain itu, UNIDR member amaran bahawa sambungan antara alat
pengesan, drone dan rangkaian sistem senjata menunjukkan satu kesilapan boleh
memburukkan lagi keadaan dengan pantas.
Malah jelasnya, risiko insiden, salahfaham dan pertikaian
yang tidak diingini terlalu tinggi.
“Kerumitan sistem interaksi yang menghubungkan senjata
nuklear (seperti sistem amaran awal, kawalan perintah dan pelancaran) boleh
mencetuskan insiden nuklear secara tidak sengaja.
“Kebergantungan kepada sistem automatik ini juga boleh
mengkikis keyakinan, sekali gus mendedahkan dunia ini kepada ancaman baharu
(perang nuklear),” tambah laporan itu.
UNIDR juga menekankan risiko negara kecil yang menjadi kuasa
nuklear terdedah kepada ancaman pengganas memandangkan negara tersebut tidak
mempunyai kawalan yang ketat terhadap senjata tersebut.
“Selagi senjata nuklear masih wujud, nyawa kita masih
terancam sama ada senjata itu digunakan dengan tujuan atau secara tidak
sengaja.
“Ancaman ini hanya boleh dihapuskan jika semua senjata
nuklear dimusnahkan,” tambah laporan berkenaan memetik kenyataan pada
Persidangan Agung PBB pada 2013.
Sebagai contoh, kata UNIDR, Perang Dingin hampir mencetuskan
perang nuklear antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet (kini dikenali
sebagai Rusia) termasuk insiden pada 1983 yang menyaksikan sistem senjata
senjata Soviet. – mstar
Ulasan
Catat Ulasan