Guru Seksa, Suruh Pelajar Pekak Dan Bisu Makan Najis

NANCHANG (CHINA) – Pekerja di sebuah pusat terapi pertuturan di China telah menyeksa kanak-kanak bisu serta pekak yang dijaga di situ, lapor Agensi.

Menurut Metro, difahamkan mereka memukul, menampar dan menendang pelajar terbabit.

Seorang pekerja dilihat mengugut dan memaksa seorang budak lelaki memakan najisnya sendiri selepas enggan pergi ke tandas seperti diarahkan.

Laporan stesen penyiaran televisyen di China membongkar kejadian mengejutkan itu pada 20 April lalu dan mendedahkan rakaman diambil wartawan yang menyamar di premis di wilayah Jiangxi itu.

Pekerja berkenaan yang kononnya guru premis itu mendakwa hukuman kejam dapat membantu kanak-kanak berkenaan bercakap.

Keadaan itu terbongkar selepas Nanchang News menghantar wartawan ke Pusat Terapi Pertuturan Hope Nanchang untuk menyiasat dengan menyamar sebagai guru.

Rakaman kamera tersembunyi menunjukkan kanak-kanak menangis ditendang di tubuh dan ditampar di muka mereka, selain dipukul di tangan menggunakan kayu.

Dalam rakaman itu turut menunjukkan seorang guru mengugut seorang kanak-kanak di dalam tandas dengan berkata: “Kalau kamu berak di dalam seluar, saya akan paksa kamu makan najis sendiri.”

Seorang guru lain pula didapati menjerit di dalam kelas: “Tidak guna otak ke? Lihat betapa bodohnya kamu ini.”

Sementara seorang guru lagi mengarahkan kanak-kanak lain memarahi rakan sekelas mereka dengan memanggil satu sama lain kepala babi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.