Video Kanak-kanak Hampir Koma Akibat Main Game Skip Chalenge

Medan: Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 8 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri akibat bermain permainan Game Skip Chalenge dalam sebuah masjid ketika waktu  rehat di sekolah mengaji.

Mangsa yang bernama Muhammad Fadzli bersama 3 rakannya itu dimaklumkan hanya sekadar mencuba selepas melihat permainan itu tular di laman media sosial sejak bulan lalu.

Menurut sumber, mangsa sehingga kini masih dalam keadaan rawatan (hampir koma) akibat mengalami kecederaan dibahagian otak.

Video Hiasan

Apa itu Skip Chalenge?

Skip Chalenge merupakan permainan yang dilakukan dengan cara menekan dada dengan sekuat-kuatnya sehingga yang menjadi bahan ujian akan lemas, kejang kemudian pengsan seketika.

Hal ini berlaku akibat terhentinya oksigen masuk ke dalam tubuh dari tekanan yang dilakukan membuatkan mangsa mengalami kekurangan oksigen atau Hipoksia.

Diketahui membahayakan nyawa

1. Tren di Inggeris sejak 2005

Harian the Independent menyebut fenomena choking game telah muncul sejak 2005 lalu di Inggeris, setelah menimbulkan sejumlah kematian.

Dalam cabaran itu peserta harus ditekan dadanya sekeras mungkin selama beberapa waktu. Akibat tekanan itu pengaliran oksigen ke otak berkurangan dan keadaan ini berakhir dengan hilangnya kesedaran sehingga mengakibatkan kematian.

Salah satu mangsa yang maut adalah Karnel Haughton berasal dari Birmingham, pada bulan Jun Tahun lalu. Pihak keluarga mengatakan bahaw Karnel meninggal kerana masalah sesak nafas, dan percaya ini disebabkan oleh choking game. Mereka tidak percaya anak mereka sengaja berusaha untuk bunuh diri.

2. Menjadi tren kerana internet

Sama halnya seperti “ice bucket challenge” dan permainan di internet lainnya, choking game juga popular kerana internet.

“Yang internet lakukan salah satunya adalah membenarkan perbuatan yang tak sepatutnya dan tak sihat,” ujar Psikolog asal Inggris Emma Citron.

3. Dilakukan oleh anak muda yang pintar

Lembaga amal di Amerika Syarikat mengatakan cabaran ini biasanya dilakukan anak-anak muda berusia 9-16 tahun yang kebanyakkannya berpendidikan dan berprestasi, bukan mereka yang merupakan kaki alkohol dan penagih dadah.

Pada 2016, mereka telah menganggarkan sekitar 250-1000 orang meninggal dunia di Amerika Syarikat kerana melakukan cabaran choking game.

4. Cabaran tersebut dilakukan kerana dikatakan ingin menguji keberanian seseorang.

Citron mengatakan bagi remaja, skip challenge dianggap sebagai permainan menguji keberanian atau dare game.

“Mereka memandang sebagai dare game. Saya tidak fikir bahawa mereka merasa itu merugikan diri sendiri, mereka hanya tidak cukup dewasa untuk menyedari betapa sangat berbahaya permainan itu,” kata dia.

“Di sini ada unsur kompetitif – bagaimana saya boleh berani? Berapa banyak yang dapat saya lakukan?” sambung Citron.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.