Jenayah seksual: Anak Ahli Parlimen Juga Tak Selamat.

Petaling Jaya – Jenayah seksual melibatkan kanak-kanak boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, walaupun kepada anak seorang ahli Parlimen.

Ahmad (bukan nama sebenar), 23, telah diliwat oleh orang yang tidak dikenali ketika berusia enam tahun. Malangnya, sehingga kini bapanya masih tidak tahu tentang kejadian tersebut.

“Ketika saya membesar, bapa saya begitu sibuk dan kami hanya akan menelefon atau menghantar mesej kepadanya apabila ada perkara serius atau untuk bercakap secara ringkas.

“Apabila berlaku kejadian itu, bapa saya baru sahaja mahu  menjadi ahli Parlimen, jadi saya dan ibu tidak mahu mengganggunya.

“Saya rasa dia harus tahu apa yang berlaku, tetapi saya tidak mahu dia rasa bersalah kerana terlalu sibuk dengan kerja dan jika bukan kerana kesibukannya itu, ia mungkin dapat dielakkan,” katanya.

Kajian menunjukkan bahawa seorang dalam 10 kanak-kanak akan mengalami beberapa bentuk penderaan seksual sebelum mereka berusia 18 tahun. Untuk kanak-kanak perempuan, angka itu mungkin boleh menjadi seorang dalam lima orang.

Seperti ramai mangsa penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak yang lain, Ahmad tidak membuat laporan polis dan hanya memberitahu ibunya apa yang telah berlaku beberapa tahun kemudian.

“Kami tak tahu apa yang perlu dibuat. Ia berlaku pada 2007 dan ini merupakan isu mengaibkan dan jarang-jarang berlaku, jadi orang yang tahu mengenai perkara ini adalah ibu, kakak dan nenek saya,” katanya.

Ahmad hanya menyedari bahawa apa yang dialaminya adalah satu serangan seksual apabila beliau menonton filem The Kite Runner pada usia 12 tahun.

Beliau kemudian menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya, yang menyalahkan dirinya selama beberapa minggu.

“Saya terpaksa duduk di dalam bilik, berpura-pura tidak mendengar ibu saya menangis dan memohon ampun.

“Mula-mula ia begitu sukar, saya tidak fikir saya boleh berdepan perkara ini sekali lagi dengan bapa saya,” katanya.

Ahmad kini sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda dan berharap dapat menamatkan pengajian dengan kepujian kelas pertama. – mStar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.