Dia Datang Goda Suami Dan Hasut Kedua Anak Hingga Membenci Saya

Sudah 10 tahun Rasid 42 tahun, ditinggalkan oleh isterinya Sephia 35 tahun yang lari bersama seorang lelaki berusia 35 tahun.

Supaya kedua-dua anaknya yang berusia 2 dan 6 tahun mendapat kasih sayang seorang ibu, Rasid berkahwin dengan adik iparnya sendiri Karen 30 tahun.

Selama 9 tahun berkahwin dengan Karen, Rasid merasakan hidupnya cukup bahagia, meskipun dia sempat trauma dikhianati oleh Sephia, namun dia mampu move on dan melanjutkan kehidupannya bersama isteri barunya Karen

Apatah lagi Karen menyayangi anaknya yang merupakan anak saudaranya sendiri.

Namun sayang, kehidupan rumah tangganya hancur apabila Sephia kembali mempengaruhi kedua-dua anaknya agar membenci Karen sejak setahun lalu.

Berikut Luahan Karen.

“Saya sebenarnya dulu tidak begitu berbesar hati berkahwin dengan Rasid tetapi di sebabkan Arwah ayah memaksa kerana anak-anak ketika itu masih kecil saya cuba perlahan-lahan memujuk hati.

Menjadi ibu tiri tentu tidak mudah, sebab anak pertama suami ketika itu sudah pun masuk sekolah tadika, dia menolak saya untuk menjadi ibu tirinya.

Walau demikian saya yang berkebetulan bekerja sebagai cikgu di sekolah tadika berkenaan berjaya mencuri hatinya dengan perhatian hingga mereka menganggap saya sebagai ibu mereka.

Ketika kami berkahwin di pejabat agama, suami telah melafazkan cerai kepada isteri pertama (kakak saya) perceraian mereka selesai dan selepas 6 bulan barulah kami berkahwin.

Pada awalnya saya tidak percaya kakak berbuat demikian tetapi selepas suami menunjukkan beberapa bukti berupa gambar dan Chat barulah saya percaya dan memutuskan untuk berkahwin.

Awal tahun 2016 lalu, saya telah melahirkan seorang bayi lelaki dan pada waktu yang sama kebahagiaan rumah tangga saya hancur selepas kakak datang semula.

Kakak datang bukan hanya menggoda suami saya, akan tetapi turut mempengaruhi kedua-dua anak kandungnya itu dengan mengatakan saya sebagai “perampas”. Kononnya sayalah punca mengapa kakak dan suami bercerai dulu, perkara itulah yang di tanam dalam fikiran anak-anak hingga mereka membenci saya.

Saya telah memutuskan untuk memfailkan penceraian kami kerana anak-anak yang saya besarkan itu mahukan ibu kandung dan ayah mereka rujuk semula, saya terlalu sayangkan mereka.

Apapun saya akan lakukan untuk kebahagiaan mereka tetapi suami enggan rujuk semula dengan kakak, suami kata kakak sudah beberapa kali berganti suami, jadi tidak mustahil jika dia akan melakukan hal yang sama lagi.

Saya sebenarnya hanya memikirkan masa depan anak-anak, jika ibu kandung mereka benar-benar berubah besar kemungkinan masa depan anak-anak ada peluang yang baik, tapi jika mendengar penjelasan suami saya jadi risau.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.