Benda Itu Tengok Anak Awak Saje, Sebab Awak Tak Halang Dia Selepas Bayi Lahir

Gara gara tak jaga dan tak tahu pasal amalan ini….. Saya dan isteri sangat lalui kesusahan lepas melahirkan anak sulung kami.

Kami berkahwin pada usia 28 tahun dan masa itu confident yang kami ini dah bersedia untuk ada cahaya mata.

Allah…. rupanya tidak… ada perkara yang kami terlepas pandang membuatkan anak kami – Qalisha tak dapat lelapkan mata walau sekejap.. dia menangis setiap kali terdengar suara saya dan isteri.

Bayangkan… waktu berpantang ini isteri saya menangis sebab tak tahu apa yang terjadi dengan anak kami. Bila bawa ke hospital, doctor cakap anak sihat dan ok saja.

Saya tengok isteri saya sedih saja… sebab Shila pernah cakap masa pregnant dulu yang dia nak dodoikan anak dengan nyanyikan nasyid kesukaanya. Malangnya, isteri saya terpaksa diam saja dan tak bercakap dengan anak kami.

Memasuki minggu kedua lepas lahirkan Qalisha… kami berjumpa seorang imam masjid. selepas ustaz tanya kami beberapa perkara… rupanya selepas Qalisha dilahirkan saya yang bagi green light kepada Ummu Sibyan.

Saya dan ramai yang tak tahu sebenarnya Ummu Sibyan ini adalah syaitan yang menunggu anak kita yang baru dilahirkan untuk menyesatkannya.

Ustaz siap bagi tahu…

” ‘dia’ tengah tengok saja anak awak ini untuk ajak ‘main main’.. sebab awak tak halang ‘dia’ dari jauhkan diri dari anak lepas lahir dulu” – ustaz

Terkejut dan berdebar juga saya masa itu. Takut sesuatu jadi kepada anak kami.

“Solat saja tidak cukup… ada beberapa amalan sunnah yang Farid kena buat dan satu perkara sunnah ini wajib buat sesudah melahirkan anak” – Ustaz

Ustaz pun explain….. seorang ayah atau orang terdekat perlu mengazan di telinga kanan anak dan iqamat di telinga kiri bayi ini sesudah dilahirkan bagi menjauhkan gangguan Ummu Sibyan dari lifenya.

Sesudah Qalisha diazan dan diiqamat dengan penuh doa mohon perlindungan dari ALLAH swt ini… Alhamdulillah anak kami kembali normal seperti anak-anak lain. Alhamdulillah.

Saya harap ‘dia’ tak ganggu life kami lagi.

Dear bakal ibu dan ayah… ambil tahu amalan-amalan yang diajar Rasulullah ini. Ia sangatlah penting untuk menjadi benteng mengahalang anak anak kita dari perkara yang tidak baik.

Saya kongsikan 7 SUNNAH RASULULLAH SAW SEAWAL MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI…

AZAN – Seeloknya dilakukan ayah bayi. Diazankan di telinga kanan bayi dan iqamah di telinga kirinya. Kenapa? Mengelak dari diganggu Ummu Sibyan. Siapa Ummu Sibyan? Sejenis iblis yang menanti kehadiran bayi yang baru lahir untuk menakutkan dan menyesatkannya.

BERTAHNIK – Dilakukan oleh orang-orang yang punya sifat taqwa dan soleh. Caranya.. kurma yang dikunyahnya disuap kepada bayi dan dilalu-lalukan ke langit langit bayi dan dibacakan doa-doanya. Kenapa? Dengan harapan agar anak ini juga menjadi anak yang soleh dan bertaqwa.

MENAMAKAN BAYI – menamakan bayi dengan nama-nama yang baik pada hari ke-7 selepas kelahirannya.

BERCUKUR – Disunatkan mencukur kepala bayi pada hari ke-7.. kemudian bersedekah kepada orang-oranv fakir miskin dengan perak seberat timbangan rambutnya itu.

NILAIAN RAMBUT BAYI – Menimbang rambut bayi yang dicukur & mendermakan perak atau emas kepada fakir miskin.
Cantah :
Berat rambut bayi : 2gram.
Harga emas : RM 170.00
Harga perak : RM RM 3.00

Jika dibayar menggunakan nilaian emas :
RM 170 X 2 gram = RM 340.00

Jika dibayar menggunakan nilaian perak :
RM 3.00 X 2 gram = RM 6.00
Menurut mazhab syafi’i bersedekah itu boleh sama ada mengikut nilaian emas atau perak. Terpulang kepada kemampuan…

AKIKAH – Menyembelih 2 ekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Disunatkan untuk menyediakan hasil sembelihan itu kepada orang ramai dengan dimasak masakan seperti masak kurma semasa kenduri akikah sebagai tanda kesyukuran kelahiran bayi.

BERKHATAN – Wajib bagi anak lelaki dan digalakkan bagi anak perempuan.


“dapatkan lebih info kehamilan & kelahiran di facebook page 9bulan10hari

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.