Bakal Guru Didakwa Meliwat Murid Tahun 6

KUALA TERENGGANU - Seorang bakal guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini atas dakwaan meliwat seorang murid tahun 6, tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Harman Faiz Hassin, 26, dari Kota Bharu, Kelantan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat mangsa berusia 12 tahun tanpa kerelaannya di sebuah bilik asrama di sebuah Institusi Pendidikan Guru (IPG) di negeri ini, kira-kira jam 1 petang, pada 17 September 2016.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan jenayah mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta boleh dikenakan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Adila Mat Zaidan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 29 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum kejadian, kira-kira jam 10.15 pagi, tertuduh datang ke rumah mangsa yang juga merupakan bekas muridnya sepanjang tempoh latihan amali dan meminta izin daripada kedua-dua ibu bapa mangsa untuk menemaninya ke pekan Jerteh bagi membayar bil.

Selepas selesai menjelaskan urusan pembayaran bil, tertuduh didakwa membawa mangsa ke bilik asramanya dan setibanya di bilik berkenaan.

Tertuduh didakwa ada menyuruh mangsa bermain permainan komputer miliknya.

Semasa sedang asyik bermain, tertuduh dipercayai menghampiri mangsa sebelum meliwatnya tanpa kerelaan.

Mangsa yang menangis kerana ketakutan memaksa tertuduh menghantarnya pulang ke rumah sebelum mengambil keputusan menceritakan kejadian kepada kedua ibu bapanya kerana tidak tahan menanggung kesakitan di bahagian duburnya.-sinarharian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.