"Aku Tak Buat, Apa Akan Jadi Pada Anak-Anak Aku, Aku Malu" Dipenjara 15 Bulan Kerana Cabul Murid

Ipoh – Prosiding di Mahkamah Tinggi di sini hari ini kecoh seketika apabila seorang tukang masak yang dijatuhi hukuman penjara 15 bulan bagi kesalahan mencabul seorang murid lelaki tiga tahun lepas, tiba-tiba menjerit.

Sebaik keputusan dibacakan Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, tertuduh  Mohd Yunus Hassan, 53, turut rebah di luar kandang pesalah sambil menjerit menyatakan dia tidak melakukan kesalahan itu.

“Aku bersumpah aku tak buat, apa akan jadi pada anak-anak aku, aku malu,” jerit bapa kepada enam orang anak itu sebelum ditenangkan oleh tiga anggota polis.

Semasa menyampaikan keputusannya, hakim berkata hukuman penjara sehari diputuskan Mahkamah Majistret Seri Manjung pada 29 Ogos tahun lepas terhadap Mohd Yunus adalah tidak memadai.


Mahkamah tidak boleh memaafkan perbuatan tertuduh yang melepaskan nafsu ke atas kanak-kanak lelaki, katanya selepas membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya How May Ling yang berhujah bahawa hukuman penjara sehari itu tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan.

Hakim Che Mohd Ruzima dalam pada itu mengekalkan denda RM4,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda itu yang dikenakan Mahkamah Majistret ke atas tertuduh.

Mohd Yunus didakwa mencabul budak lelaki berusia 12 tahun itu tanpa kerelaan di tandas lelaki sebuah sekolah di Ayer Tawar, Manjung, kira-kira 3.30 petang, pada 18 Nov 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam M. Kathan yang mewakili tertuduh, meminta mahkamah mengekalkan hukuman penjara sehari itu kerana anak guamnya perlu menanggung isteri dan enam anak, menghidap kencing manis kronik serta mengalami tekanan jiwa sejak menghadapi pertuduhan itu. – Bernama

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.