Video Ibu Lima Anak Diheret Orang Ramai Selepas Ditangkap Khalwat Di Rumah Sendiri

JAKARTA - Seorang kakitangan kerajaan sebuah jabatan di daerah ini bersama teman wanitanya yang merupakan peniaga gerai makanan ditangkap khalwat dalam sebuah rumah, kelmarin.

Kadi Daerah itu, Dzulkifli Mohamed berkata, pasangan yang berusia 48 tahun dan 37 tahun itu masing-masing berstatus suami dan isteri orang ditahan empat anggota Penguatkuasa Pejabat Agama kira-kira jam 10 pagi.

Menurutnya, tangkapan ke atas mereka hasil daripada maklumat orang awam dan risikan yang dilakukan sejak tiga hari lalu.

“Kita mengetuk pintu rumah dan menunggu kira-kira lima minit sebelum pintu dibuka dan mendapati pasangan berkenaan lengkap berpakaian serta sedang duduk dalam rumah itu.

Kita tahan pasangan ini kerana duduk berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan serta gagal menunjukkan sebarang dokumen mengesahkan mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isteri,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit dan wanita yang mempunyai lima anak itu dibawa ke Balai Polis untuk membuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Daerah untuk siasatan lanjut dan dijamin rakan masing-masing.

Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b atau Seksyen 29(1) (b)  Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber, pasangan terbabit dipercayai sudah lama menjalinkan hubungan terlarang tanpa pengetahuan pasangan masing-masing dan melakukan perbuatan terkutuk di dalam rumah wanita itu.

Katanya, wanita yang menetap di Kampung itu sering menggunakan alasan keluar ke pasaraya berhampiran untuk membeli barangan keperluan gerai pisang goreng yang diusahakan bersama suami untuk bertemu kekasihnya, di sini.

“Bagaimanapun, perbuatan terkutuk wanita itu terbongkar apabila ditahan sepasukan anggota Penguat kuasa Pejabat Agama dan orang ramai Daerah itu,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.