Lelaki 75 Tahun Kongsi Pengalaman Hampir Dirogol Gadis Bunian
Sidek Baki, 75 tahun menceritakan, selepas dia memunggah asam paya atau buah
kelubi di hujung jalan, dia tercium bau harum dari persekitarannya.
Menurutnya, dia pun menoleh lalu terlihat tiga gadis berusia
dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun yang memanggilnya.
Pada mulanya Sidek tidak mahu mengikut gadis kecil itu
kerana masih hairan dan berasa takut selepas tercium bau wangi dari tubuh
mereka bertiga.
Tetapi selepas dipujuk dan digoda akan ditunjukkan dengan
tempat yang banyak asam paya, dia menerima ajakan tiga gadis kecil itu.
Utusan Sarawak pada Isnin lalu melaporkan, selepas 28
jam dikatakan hilang secara misteri semasa mencari asam paya dan rotan pada
pagi Jumaat lepas, Sidek akhirnya berjaya ditemui semula dalam keadaan selamat.
Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan oleh Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan penduduk
kampung di sebuah hutan terletak 10 kilometer dari kediaman warga emas
tersebut.
Ketika ditemui, Sidek mengaku tidak lapar kerana mendakwa
diberi makan kuih penyaram oleh gadis berkenaan yang membawanya menuju lokasi
banyak asam paya.
Sidek berkata, bagaimanapun sebelum sampai ke lokasi yang
dikatakan banyak asam paya, tiba-tiba tiga gadis yang berjalan di hadapannya
itu membuka pakaian.
Sidek menceritakan, dia menutup matanya dan memarahi gadis
tersebut sebagai “kurang ajar”
Sebagaimana dilaporkan Utsuan Sarawak, Sidak berkata,
“Mereka tidak endahkan saya dan saya terus membaca lima kali al-Fatihah,
baharulah ketiga-tiga gadis tadi hilang dari pandangan.”
Menurut Sidek ketika itulah baru dia terdengar ada suara
orang memanggilnya yang rupa-rupanya mencari dia yang hilang.
Ketua operasi warga Oya, Arini Suhali mengakui mereka
menjumpai Sidek pada 3.45 di dalam hutan tidak jauh dari Kampung Oya dalam
keadaan basah kuyup dengan gulungan rotan tergantung di leher.
Ulasan
Catat Ulasan