Berahi Cikgu Beranak Tiga Dengan Pak Arab

Saya bukanlah kaki vape,  bukan smoker, bukan kaki perempuan, bukan kaki dadah, bukan juga kaki botol malah minuman gas pun saya tolak tepi dan bukan juga kaki pukul. Selama sepuluh tahun usia perkahwinan kami sekali pun saya tidak pernah menjentik isteri apatah lagi memukul Isteri. Saya sama macam ayah orang lain yang hidup berkeluarga sederhana bersama zuriat 3 cahaya mata.

Pada Awal tahun 2015 semasa saya scroll facebook isteri, pernah saya bertanya KEGUSARAN saya kepada isteri. “Kenapa ada mamat pak Arab ini selalu memuji-muji dekat comment facebook melampau-lampau membuatkan saya rasa sedikit CURIGA membaca COMMENT FACEBOOK isteri saya dipuji terlalu berlebih-lebihan.”

Isteri menjawab, “logik la sikit, kan jauh negara Arab itu..” Saya pun tak ambil kisah sangat, lagipun isteri saya mengajar sebagai guru mata pelajaran pendidikan moral di sebuah sekolah menengah di ibu kota. Pandailah dia bezakan batasan sebagai isteri bila bergaul di laman sosial.

Semakin hari saya lihat penampilan isteri berselfi semakin cantik menarik perhatian & sibuk dengan reply komen-komen di media sosial. Lepas balik sekolah mengajar pukul 2 petang, dia terus masuk bilik berehat sorang-sorang sampai ke malam dengan sound notification comment FB tak henti-henti berbunyi, sedangkan masa bersama keluarga sepatutnya diluangkan bersama suami dan 3 orang anak diruang tamu. Dia hanya keluar bilik untuk makan minum sambung lagi membuat kerja menyemak kertas student sambil melayan phone sampai 1.30 pagi. Bila Cuti sabtu ahad apabila isteri melakukan kerja-kerja rumah menyidai kain, kadang-kadang memasak, makan dimeja makan wajib ada phone disisi.

Saya ada menegur tentang aurat isteri, ‘hide’ kan maklumat seperti lokasi, no telefon dan menyuruh kurangkan upload possing berlebih-lebihan di media sosial. Juga saya persoalkan kenapa status FB tak letak saja dah married? Gambar anak-anak dan gambar family tak ada pun dalam fb isteri? Ini akan membuka peluang kepada benda-benda yang tidak diingini boleh berlaku. Tiba-tiba akaun fb & Instagram saya diblock oleh isteri sendiri. Berkali-kali meminta unblock tetap tidak diendahkan.

Telefon isteri siap diset finger lock screen supaya semasa dirumah saya tak dapat melihat aktiviti & kawan sosial dalam phone tersebut. Jika saya menyuruh unblock semula, Pasti akan terjadi pergaduhan kecil dan tetap tidak membenarkan saya melihatnya.

Selang beberapa bulan kebetulan adik & kakak ipar ada di rumah. Bersaksikan mereka juga saya sengaja meminta 4-5 kali password FB untuk unlock FB saya. Tetapi ISTERI MASIH TETAP BERDEGIL BERAHSIA. Saya pun biarkan dan bersikap mengalah. Tak apalah phone dia hak dia. Saya hairan, apalah yang nak BERAHSIA sangat. Kenapa phone saya boleh saja letak sepah dekat mana-mana. Kalau Nak checklah sampai tujuh hari tujuh malam pun tak apa. Kalau betul-betul JUJUR dengan pasangan apa yang nak dirahsiakan?? Ermmm.

Untuk mengambil hati isteri, saya membawa isteri dan anak-anak 3 hari bercuti. Lagi pelik apabila di dalam kereta, isteri tidak lagi mahu duduk di seat sebelah saya tetapi sentiasa memilih duduk di seat belakang. Sesuatu yang jarang-jarang dibuat sebelum ini. Sedang kami bersiar-siar dengan anak-anak, si isteri masih bersikap hambar & sibuk mengadap media sosial di telefon bimbit dia. Aduhaii..

Kemuncak konflik semakin ketara apabila saya tidak lagi dapat menghantar isteri ke sekolah seperti mana rutin saya lakukan sejak 9 tahun lalu. Isteri juga mempunyai kereta myvi sendiri yang lama tidak digunakan. Faktor kewangan menyebabkan saya berusaha mencari pendapatan yang lebih dengan bekerja agak jauh di bangi Selangor disamping berniaga online, manakala isteri memandu sendiri ke sekolah/tempat kerja.

Kalau diimbas dari dulu lagi berbekalkan motor buruk inilah saya support menghantar isteri sebagai private tuisyen mengajar ke rumah-rumah di sekitar jalan gasing, petaling jaya, klang lama, mengedarkan brosher untuk kelas tuisyen dia..sampailah isteri mendapat tawaran perguruan ke UPSI perak. Saya jugalah yang berulang-alik selama 2 tahun dari pantai dalam ke perak lebih kurang jarak 140km seminggu sekali,daftar kolej pegi balik sehinggalah isteri bergelar guru tetap di sekolah menengah berhampiran mount Kiara KL sehingga kini. Pak Guard sekolah itu pun dah kenal sangat dengan kereta saya yang pagi petang menghantar isteri bertahun-tahun di situ.

Semakin hari sikap isteri semakin nampak lain. Sedang kami makan bersama di gerai thai di bukit angkasa, kedengaran bunyi phone isteri ditangan, tiba-tiba sahaja boleh bangun meninggalkan meja makan balik ke rumah sedangkan saya dan anak masih belum habiskan makanan. ”Amboii tak boleh ke nak tunggu suami habis makan dulu.” Saya juga sebenarnya dah rindu dengan riuh rendah anak-anak bising dekat seat belakang dan dengar isteri membebel dekat dalam kereta sebagai terapi telinga. Tapi isteri tetap memilih menggunakan kereta masing-masing.

Lagi sikap isteri agak ketara sejak biasa memandu kereta sendiri. Balik lewat pukul 10malam dari tengok movie & shooping 1-2kali seminggu. Bila ditanya dari mana? Jalan dengan siapa? Dia menjawab “buat apa nak sibuk-sibuk?” Hebat betul jawapan isteri kepada saya. Memang dia betul-betul berubah. Berlaku pertengkaran mulut sehingga isteri menghubungi bapa mertua untuk mengadu. Apa yang saya maklumkan, saya nak hantar isteri pergi kerja seperti dulu kerana mencurigai sesuatu.

Keesokkan harinya mood marah isteri berlarutan. Ketidakpuasan ini semakin memuncak bilamana hal-hal kecil sehingga besar, ketidakpuasan hati selama 10 tahun sehingga ke hari ini & kekurangan ketidak mampuan saya diungkit-ungkit. Isteri mengamuk seperti hilang akal kerana kemahuannya untuk dibuka kunci tambahan di keretanya tidak dituruti. Saya sengaja memasang taktik kunci tambahan pada keretanya dengan tujuan saya dapat menghantar dia ke sekolah semula keesokkan harinya. Ini bertujuan supaya saya berpeluang duduk berbincang berdua dengan isteri untuk menyelesaikan kemelut yang hadapi. Tapi isteri seolah-olah menutup pintu perdamaian.

Malangnya Isteri menjadi berang. Kerusi, botol kaca, pasu bunga, habis pecah berantakkan diatas lantai. Isteri jadi baran seperti cuba nak menyerang. Saya cuba mengelak dengan memegang kedua belah tangan isteri dengan kuat agar saya tidak dicederakan. Kesan gengaman kuat tangan menyebabkan isteri tidak mampu melawan. Pengawal keselamatan datang naik ke tingkat rumah akibat suara isteri menjerit-jerit seperti histeria menggangu jiran-jiran sekeliling. Isteri membuat police report dengan melaporkan ada kesan lebam dilengannya. Kerana isteri tahu selama 10 tahun usia perkahwinan, sekali pun saya tak pernah memukul atau mencederakan orang yang melahirkan 3 zuriat kepada saya. Mungkin dengan police report “lebam dekat lengan” yang kebetulan ini akan menguatkan alasan isteri untuk meminta cerai.

Isteri terus tidak pulang ke rumah. Lari berpindah menumpang ke rumah sewa adik-beradiknya. Ini bukan setakat keluar rumah tanpa izin suami tapi dah lari terus tak balik-balik. Beberapa kali saya menjejaki untuk membawa dia pulang dengan cara membawa anak kepadanya, malangnya dia tetap mengelak dan menutup handphone.

Saya merasa tertanya-tanya dan confiuse, takkan disebabkan “SAYA INGIN MENGHANTAR ISTERI KE TEMPAT KERJA/SEKOLAH MENJADI PUNCA GADUH BESAR SAMPAI NAK CERAI BERAI? MACAM TAK LOGIK?” Isteri ada juga pulang sebentar untuk mengambil pakaian & barang peribadi dan berkali-kali juga menghantar whatsapp menuntut diceraikan! Dia kata menyesal berkahwin dengan saya.

Saya diugut sekiranya dia tidak diceraikan saya tidak mendpat hak penjagaan anak-anak, rumah yang di beli atas nama dia akan dijual dan hasil jualan rumah tidak dibahagikan kepada saya walaupun saya yang membayar ansuran rumah dari awal sehingga kini. Jika saya engkar dia akan menggunakan lawyer untuk membuat tuntutan perceraian yang memakan lebih lama.

Saya semakin buntu dan menyuruh dia bertenang dulu sementara duduk berasingan untuk redakan keadaan dan mendapatkan khidmat kaunseling. Dia tetap menolak untuk TIDAK memberikan tempoh masa. Dia terus bergegas ke mahkamah syariah bersendirian dan memfailkan perceraian dengan alasan “tiada persefahaman”. Tapi dalam andaian saya, tak apalah mungkin isteri terlalu marah sangat itu, masih ada 3 kali Iddah lagi kalau nak rujuk balik tanpa akad pun.

Pada 1 OCTOBER 2015. semasa hadir di Mahkamah syariah jalan duta kuala lumpur. Saya DIINGATKAN oleh isteri agar tidak perlu cakap apa-apa melainkan lafaz cerai sahaja. Di dewan mahkamah saya dapati ada 9-10 pasangan.

Kebanyakkan pasangan isteri muram sedih tapi tak adalah sampai menangis teresak-esak macam kes fasha sanda dalam melody. Sebelum lafaz dimulakan saya sempat dibenarkan bersalam dengan isteri untuk kali yang terakhir. Maka bergegarlah Arash Allah di atas desakan si isteri untuk bercerai. Untuk anak-anak papa HISYAM, ISYA, IMAN Sebelum kamu lahir, bukan ini Tujuan & Pengakhiranya papa mengahwini mama kamu. Dengan berat hati dan terpaksa saya mulakan dengan nama Allah & istigfar 3X..

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM..
ASTAGHFIRULLAHALAZIM..
(Aku memohon ampunan kepada Allah yang Maha Agung)
ASTAGHFIRULLAHALAZIM..
(Aku memohon ampunan kepada Allah yang Maha Agung)
ASTAGHFIRULLAHALAZIM..
(Aku memohon ampunan kepada Allah yang Maha Agung)

“Dengan ini saya menceraikan isteri saya SURIANI BINTI ROSLI dengan talak satu” (Bukan nama sebenar).

Setelah selesai sesuatu yang pelik terjadi, saya dapati selepas saya melafazkan cerai di hadapan hakim, ramai hadirin memandang wajah (yang kini sudah bergelar “BEKAS ISTERI”) tersenyum kegembiraan yang sudah lama saya rindu nak tengok..saya pun merasa ada sesuatu yang aneh.

Balik ke office saya meminjam akaun fb kawan untuk stalk FB ISTERI. Ini kerana fb saya sejak awal TAHUN 2015 hari itu dah diblock oleh isteri sendiri.

Astaghfirullahalazimmmmm…
Selama ini isteri berbohong rupanya…!!!!!!
Patutlah dia bermati-matian menuntut cerai secepat & sesegera yang mungkin..!! Pak Arab yang dulunya yang pernah memuji-muji berlebih-lebihan dalam facebook isteri rupa-rupanya telah lama menjalinkan hubungan sulit jarak jauh dibelakang saya iaitu sejak tarikh 26 FEB 2015 lagi. Sedangkan Perceraian adalah pada 1 OCTOBER 2015???

INI BERMAKNA SELAMA 9 BULAN ISTERI CURANG DIBELAKANG SAYA. Patutlah hanphone di rahsiakan sehabis mungkin, facebook di private kan, malah sikap, body language, cara bercakap, layanan endah tak endah, hambar & ada sahaja yang tak kena, patutlah sanggup berani lari dari rumah & sungguh-sungguh sangat minta nak bercerai cepat dan sudah tentu hati perasaan sayang & fokus isteri tidak lagi kepada keluarga malang ini tetapi dah terpaut suka kepada lelaki itu. ADA PLAN TERATUR DENGAN BALAK ARAB RUPANYA !

Malah Gambar SELUAR & KASUT CONVERSE ISTERI juga ada diupload di wall fb pak Arab ini. Dalam hati saya “Ini macam colour, design, kasut bini aku” Ini kerana kami sekeluarga mempunyai Brand & design kasut yang sama setiap seorang. SEDANGKAN “pada tarikh gambar diupload itu” Isteri saya MASIH LAGI TINGGAL SEBUMBUNG BERSAMA SAYA. MAKNANYA MEREKA TELAH LAMA MENJALINKAN HUBUNGAN DIAM-DIAM DENGAN BERTUKAR-TUKAR GAMBAR??

Selepas beberapa minggu perceraian iaitu pertengahan NOVEMBER 2015 LEPAS, Saya teringat ceramah usatat Azhar Idrus, yang orang perempuan akan lembut hatinya bila dihulurkan pitih/duit. Jadi saya ada memberikan duit belanja dan backup nafkah bercerai sebanyak RM 10,000 kepadanya. Tetapi taktik saranan Ustat ini tidak membuahkan hasil. Kerana susulan dari itu, perkara yang menarik perhatian si isteri ialah kepada LELAKI ARAB YANG DIKENALINYA DIAM-DIAM SEMASA MASIH MENJADI ISTERI SAYA. Tertera “Location check Point facebook” PAK ARAB PENDATANG ini SUDAH BERADA DI MALAYSIA, Iaitu di Klang Selangor.

Pada firasat anda, apa TUJUAN dia datang dari Mesir ke Malaysia?? Ini sudah tentu untuk memberi support moral kepada Bekas Isteri dan MERAIH KEJAYAAN PERANCANGAN SULIT MEREKA yang kini bekas isteri saya sudahpun berstatus “Available/single/Janda” dan BEBAS untuk di nikahi…ALLAHURABBIII…

Pada Bulan berikutnya pula, Disember 2015 iaitu cuma HANYA SEBULAN LEBIH Selepas perceraian kami. “BEKAS ISTERI” meninggalkan ketiga-tiga anak kepada saya untuk di jaga. Kini bekas isteri pula mengambil peluang bercuti panjang sempena cuti tahunan sekolah untuk bermadu cinta ke NEGARA PADANG PASIR EGYPT yang diketahui Negara berkonflik.

Percutian apa yang menyeronokkan di negara bergolak?? Sepanjang 13 tahun saya mengenali bekas Isteri, Setahu saya TIDAK PERNAH pula dia mempunyai talian persaudaraan atau keluarga angkat yang berada jauh sampai ke Mesir?? Malah tahukah anda kos tiket kapal terbang SELAMA 11 JAM PERJALANAN dan KOS MENGINAP HOTEL semasa cuti sekolah hujung tahun antara kos percutian yang paling mahal sehingga memakan RM3,000.00 x 2 org = RM 6,000.00.

Bagaimana hanya BARU BERKENALAN dari media sosial facebook dengan BALAK ARAB ini BERANI BERBELANJA BESAR untuk SANGGUP datang ke sana.?? Bukankah lebih baik duit itu digunakan untuk membantu merawat kos Ibu dia yang menghadapi penyakit buah pinggang kronik di SEJINGKAT Kuching Sarawak berbanding membazirkan wang melepaskan kerinduan dengan KEKASIH SI PAK ARAB ini yang bernama “Abdullah Mohammed dari Egypt”.

Dan Yang lebih menyakitkan hati SEDANG SAYA MASIH DALAM MOOD SEDIH tinggal keseorangan, mereka SENGAJA MENGAMBIL gambar “couple” berlatar belakang Patung Egypt dan DIJADIKAN sebagai gambar profile instgram masing-masing. Sah ini bukan gambar super impose/Fake/dummy. Sebab bukti ole-ole pek makanan memang ada dibeli dari Egypt di bawa balik ke Kuala Lumpur. Jadi BENAR BEKAS ISTERI MEMANG TELAH MENJEJAK KAKI KE SANA!!

Allah saja tahu perasaan saya sebagai suami yang telah HAMPIR 10 TAHUN menjadi pendorong Kepada kejayaan dia sekarang TERUS DILUPAKAN. PERHUBUNGAN CINTA SULIT MEREKA YANG berusia Kurang dari setahun Ini BERJAYA DIRAHSIAKAN DARI SAYA SUAMI YANG SAH melalui Facebook yang SENGAJA di block sekian lama.

Inilah akibatnya bila terlalu BERSANGKA BAIK dengan menyanjung status pekerjaan si isteri yang bergelar pendidik..LAGI-LAGI DARI SUBJEK PENDIDIKAN MORAL?? MORAL SEPERTI INI KAH YANG BAKAL DI AJAR KEPADA ANAK DIDIK GENERASI IT KITA??

Ini bermakna KETIGA-TIGA anak saya kelak akan dijaga BERSAMA dengan BAKAL BALAK ARAB BANGSA ASING INI. Dan kesimpulannya senang-senang saja BALAK ARAB PENDATANG yang MENGGUNAKAN VISA/PASSPORT ini masuk ke MALAYSIA menyusup dalam family saya, MERAMPAS HARTA BERHARGA saya iaitu isteri dan anak-anak yang sepatutnya milik jagaan saya.

Di pihak saya pula, sehingga kini 2016 saya masih TIDAK PERNAH SESEKALI pula terfikir nak membawa keluar berjoli atau bergambar dengan mana-mana wanita atau pasangan baru SEPERTI MANA “SECRETE MISSION” yang dilakukan oleh KEDUA-DUA MEREKA.

Lagi yang menguris hati saya, isteri sendiri dengan bangga memuat turun kata-kata mabuk cinta sayang di wall FB Balak Arab bangsat asing ini sedangkan pada tarikh posting tersebut memaparkan ikatan perkahwinan saya dengan isteri masih BELUM TERBATAL/BELUM SAH CERAI mengikut peruntukan undang-undang keluarga Islam di negara ini. DisebabkanPAKATAN SULIT ini mula terbongkar, kini saya dapati, kedua-dua mereka telah pun bersepakat BERSAMA-SAMA MEMADAM AKAUN FB masing-masing bagi mengelakkan RANCANGAN HUBUNGAN SULIT YANG DI BINA DENGAN MERUNTUKAN RUMAHTANGGA SAYA ini di ketahui umum. ALLAH ITU MAHA BESAR..!!! Adalah BALASANNYA kalau bukan disini PASTI DI SANA NANTI. Diharap diberikan petunjuk & hidayah jika Allah memberi kesempatan bertaubat.

KEPADA 2.6 JUTA RAKYAT MALAYSIA yang kaki fb, kaki stalker, kaki hackers mungkin boleh try stalker fb, message, instagram akaun pak arab bangsat asing ini. Adakah pak arab ini menggunakan ilmu pikat santau, jampi, ilmu hitam untuk memikat wanita-wanita melayu negara kita sehingga mendorong bekas isteri saya sanggup bermain kayu tiga & sanggup berbelanja sendiri pergi ke negara padang pasir sana?? WALLAHUALLAM..

Mudah-mudahan luahan ini dapat dijadikan pengajaran kepada kaum suami diluar sana. Bukan sahaja anak-anak muda remaja yang perlu di pantau di media sosial.. Malah Isteri-isteri atau pasangan yang lagi 5 tahun akan mencecah usia 40 tahun ini juga tidak berkecuali kelicikkannya..

Tidak hanya disebabkan isteri/suami anda berstatus kerjaya guru, pengetua, staff kerajaan pangkat DG bertingkat-tingkat atau apa pun. Awasi fitnah facebook yang membuka jalan CURANG @ KETIDAKSETIAAN kepada pasangan yang mana suami bakal kehilangan isteri disayangi….anak-anak pula menjadi mangsa kehilangan tumpuan kasih sayang perhatian & belaian ibubapa. Anak perempuan saya yang masih berumur 4 tahun apabila ditanya pasal mama. Dia senyap seperti terganggu emosi. Kemudian ditanya kenapa mama nak kahwin dengan lelaki lain? Saya pun tak tahu nak jawab. Mungkin Anda boleh tolong jawabkan. Inilah kesan akibat P E R C E R A I A N..

Lebih-lebih lagi masjid & mahligai yang telah lama kami bina selama 10 tahun TIBA-TIBA SAHAJA RUNTUH HANCUR RANAP SEPERTI DIPASANG BOM LEDAKKAN BERANI MATI DARI NEGARA EGYPT.

Kisah sejarah sedih saya bukan untuk mengaibkan sesiapa. Tetapi bolehlah diambil pengajaran ketidakjujuran oleh pasangan hidup anda sama ada sedar atau tidak. Jika anda bergelar suami, apakah perasaan anda jika Kesetiaan anda dikhianati, kepercayaan penuh anda di curangi, cinta kasih sayang 100% anda dipijak-pijak oleh pasangan hidup anda sendiri. Terima kasih kepada orang yang pernah saya hantar & doakan kejayaannya untuk menjadi seorang cikgu pendidikan moral yang berjaya akhirnya dibalas dengan menghianati pasangannya sendiri. Kepada yang masih mempunyai keluarga bahagia jadikanlah pengajaran dan hikmah dari coretan ini.

TERIMA KASIH CIKGU…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.