Bapa Tetak Anak Bongsu Hingga Maut

LOMBOK: Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun ditemui maut dalam keadaan mengerikan dipercayai di bunuh oleh bapa kandungnya sendiri Ahmad Sulaimi 48 tahun di rumahnya di Karang Bagu Mataram.

Haris Dinzah ketua polis mataram berkata pihaknya telah berjaya menahan Ahmad Sulaimi tanpa sebarang bantahan dan sudah mengaku atas perbuatannya.

Motif pembunuhan dipercayai akibat dari makan hati dengan perangai anaknya Muhammad Albani yang selalu menuturkan kata-kata kesat terhadapnya dan isteri.

Ketika kejadian Sulaimi dikatakan baru sahaja bangun dari tidur mengambil sebilah parang dan terus menetak anaknya yang tengah tidur ditilam ruang tamu.

Akibat dari tetakan kepala bahagian kiri mangsa koyak dan meninggal dunia ditempat kejadian.

Menurut ibu mangsa tidak ada kelakuan pelik mahu pun mencurigakan suaminya itu sebelum membunuh anak  bongsu mereka “dia nampak normal, Muhammad Albani adalah anak lelaki kami satu-satunya dan suami sangat memanjakannya, apa yang terjadi sangat mengejutkan saya,katanya.

Kata-kata kasar berbaur lucah dan suka mengumpat kedua ibu bapa adalah punca kematian kanak-kanak berkenaan, kata Haris Dinzah.

Beliau juga berkata bahawa bapa mangsa tidak mengalami gangguan jiwa mahupun mendengar bisikan ghaib yang menyuruh untuk membunuh anaknya itu. Ia adalah satu tindakan yang murni dengan melakukan pembunuhan tersebut, katanya

Bagaimanapun Sulaimi turut menyesal dengan apa yang dia lakukan, anak saya suka mengumpat dan berkata kotor kepada kami, saya malu dengan jiran tetangga dan orang kampung, ujar Sulaimi dengan nada kesal.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.