5 Gambar Empat Beranak Maut Selepas Minum Air Ini

Empat beranak termasuk dua kanak-kanak ditemui maut didalam rumah mereka di Desa Bondalalam pagi tadi dipercayai bunuh diri dengan meminum Sprite yang dicampur dengan racun serangga.

Mangsa adalah Kadek Artaya 32 tahun, Ni Kadek Suciani 27 tahun, Putu Wahyu Adi Saputra 7 tahun dan Ni Kadek Dwi Cahya Putri 3 tahun.

Ke-empat mangsa telah ditemui oleh bapa saudara mereka Suardana 59 tahun sekitar jam 5:30 pagi ketika hendak sembahyang.

Suardana berkata dia tidak melihat ahli keluarga tersebut di tempat tidur yang menjadi kebiasaan mereka, kemudian dia beralih ke dapur dan tercium bau yang sangat menyengat.

Dibahagian dapur berkenaan terdapat sebuah bilik yang dikunci dari dalam dan dia membukanya secara paksa selepas diketuk beberapa kali namun tiada sahutan yang kedengaran dari dalam.

Setelah pintu berjaya dibuka, dia menemui empat ahli keluarganya dalam keadaan berpelukan serta mulut masing-masing berbuih.

Dalam keadaan panik dia cuba membangunkan mangsa tetapi tiada sebarang tindak balas yang kemudiannya dia cuba meminta tolong jiran untuk membawa ke empat-emapt mangsa ke hospital.

Bagaimanapun menurut Dr Komang Ari Wirama berkata mangsa sudahpun meninggal dunia lebih kurang lima ke enam jam sebelum ditemui dan mayat mangsa tidak mengalami sebarang tanda berlakunya kekerasan.

Siasatan awal mendapati dua anak dari pasangan berkenaan mengalami sakit kronik manakala mangsa juga merupakan keluarga yang susah. Namun punca jelas ke empat-empat mangsa meminum racun masih belum dapat diketahui dengan pasti.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.