Video Budak 7 Tahun Dibelasah Kerana Curi Duit.

Seorang budak perempuan berusia 7 tahun dibelasah bapa saudaranya di sebuah pasar raya di Shenzhen, selatan China gara-gara didakwa mencuri wang miliknya.

Video kanak-kanak itu dibelasah tersebar di laman sesawang negara itu.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada 21 Disember lalu, namun dikongsi oleh Pear Video menerusi laman mikro Weibo pada 4 Januari lalu.

Kejadian yang berlaku itu turut disaksikan oleh beberapa murid sekolah yang turut membeli-belah di pasar raya tersebut.

Menurut laman Legal Daily melalui siasatan ke atas video yang tersebar memberitahu bapa saudara kepada kanak-kanak itu mendakwa anak saudaranya telah mencuri wang miliknya berjumlah 3000 Yuan (RM 1938.96) dari dompetnya.

Malah lelaki itu juga mendakwa anak saudaranya turut mengambil kad debit miliknya.

Tindakan kanak-kanak itu membeli-belah di salah sebuah pasar raya di Shenzhen diketahui bapa saudaranya sebelum lelaki itu bertindak memberikan ‘habuan’ kepadanya dengan menghempaskan muka kanak-kanak itu ke atas rak barang-barang di pasar raya berkenaan.

Menerusi video yang tular, kanak-kanak itu masih lengkap berpakaian sekolah dan lelaki yang berang itu dilihat menjerit ke arah beberapa murid lain yang turut berada di situ.

Pemilik kedai dan ibu bapa yang menyaksikan kejadian itu cuba menasihati lelaki itu namun tidak diendahnya sebelum bertindak menendang kanak-kanak itu hingga tercampak ke belakang.

Video berkenaan telah menyedarkan masyarakat negara itu tentang peri pentingnya teladan dan asuhan daripada ibu bapa.

Malah ada segelintir masyarakat negara itu yang mempersoalkan sistem perundangan tempatan dalam melindungi golongan minoriti dari keganasan rumah tangga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.