TMJ Kantoikan Annuar Musa Dedah Dokumen Sulit, Guna Duit MARA Dan UniKL Untuk Taja TRW
TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN
FAIZ SUBRI LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN
MARA DAN UNIKL IAITU DUIT RAKYAT
Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz
Subri pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali
ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang
merudum.
Pertama, kepada Tan Sri yang sentiasa tidak berpuashati kepada
saya dan seorang menteri yang kononnya turut ingin menumpang populariti dengan
kejayaan Faiz Subri mengatakan saya angkuh dan sebagainya. Biar saya selesaikan
mengenai Tan Sri terlebih dahulu.
Selepas ini, saya akan suruh menteri yang pernah mabuk datang
mengadap saya untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia siapa wanita yang
berkerja di sebuah syarikat di Johor. Ingat, jangan dikejutkan harimau yang
sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan menggangu saya.
Baiklah, untuk Tan sri terlebih dahulu. Sebelum menggunakan
kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa
tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada
Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.
Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak
pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk
pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara.
Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL
juga turut menjadi mangsa. UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar
Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri
telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu.
Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan
UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.
Akhir sekali, pesanan saya kepada Tan Sri dan menteri
berkenaan, jangan lupa beli jersi baru JDT 2017 yang akan dilancarkan pada
malam ini.
Ulasan
Catat Ulasan