Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah Terima Ugutan Oleh 3 Lelaki.

Seorang aktivis muda Sabah diganggu 3 lelaki di sebuah restoran di Sandakan hari ini dan mengancam perkara buruk akan menimpanya jika beliau terus mengkritik seorang individu ternama.

KUALA LUMPUR – Seorang aktivis muda Sabah diganggu 3 lelaki di sebuah restoran di Sandakan hari ini dan mengancam perkara buruk akan menimpanya jika beliau terus mengkritik seorang individu ternama.

Mangsa, Jufazli Shi Ahmad berkata, 3 lelaki itu mengekori beliau dan 2 rakannya ke restoran Secret Recipe di Batu 5, Sandakan, sekitar 2.30 petang hari ini.

“Kami tak sedar kami diekori sehinggalah selepas 15 minit kemudian.

“Saya didatangi seorang lelaki yang menyentuh pipi saya dan berkata hendak berjumpa di luar restoran, tapi saya tidak melayan orang itu,” katanya memetik laporan sebuah portal.

Menurut Jufazli  lagi, lima minit kemudian lelaki bertiga itu masuk ke dalam restoran lalu melemparkan kata kesat terhadapnya.

“Mereka ancam saya dalam restoran dan cuba menimbulkan kemarahan saya (dan) mereka bagi amaran jangan lagi kritik seorang VIP, tapi saya tak mahu melayan mereka.

“Kemudian, seorang lelaki bermisai, sekitar usia 50an, tolak kepala saya dan menjerit kepada saya lagi,” ujarnya pula.

Jelasnya selepas melakukan kekecohan, lelaki bertiga itu memberi amaran kepada Jufazli supaya tidak lagi mengkritik kerajaan Sabah dan bergegas meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki kereta.

“Mereka bagi amaran kalau saya terus mengkritik, sesuatu yang buruk akan menimpa saya.”

Tidak lama selepas penyerang meninggalkan tempat kejadian, Jufazli dan 2 rakannya membuat laporan polis.

Bagaimanapun, Jufazli berkata polis tidak boleh mengesahkan sama ada mereka akan mengambil tindakan susulan ke atas laporan itu.

Jufazli tidak mengalami sebarang kecederaaan dan berkata kejadian itu tidak melemahkan semangatnya.

Beliau percaya serangan itu ada kaitangan dengan siaran langsung video Facebook 1 jam sebelum kejadian yang menghubungkan beliau dengan 40,000 penyokongnya.

Jufazli, yang lantang mengkritik Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, merupakan pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah (GAMSS).


Bulan lepas, aktivis berusia 27 tahun itu menyatakan hasrat mahu bertanding di kubu kuat Musa di Sungai Sibuga, Sandakan, pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,441,Artis Dalam Negara,80,Artis Luar Negara,41,Berita Menarik,1110,Berita Semasa,1501,Binatang,4,Curang,5,Dera,3,Gambar,17,Islam,110,Kantoi Luar Negara,36,Kejam,26,Kemalangan,13,Kes Bunuh,28,Kes Kantoi,483,Kes Rogol,387,Kesihatan,92,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1346,Makanan,2,Maksiat,6,Movie,4,Movie Trailer,4,Perang,4,Politik,222,Politik Dalam Negara,28,Politik Luar Negara,5,Puasa,5,Pukul,4,Rogol Dalam Negara,16,Rogol Luar Negara,29,Rumah Tangga,371,Sedih,7,Seram,5,Sukan,148,Sukan Dalam Negara,14,Sukan Luar Negara,13,Sumbang Mahram,2,Video,631,Video Dalam Negara,44,Video Kantoi,30,Video Luar Negara,83,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah Terima Ugutan Oleh 3 Lelaki.
Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah Terima Ugutan Oleh 3 Lelaki.
Seorang aktivis muda Sabah diganggu 3 lelaki di sebuah restoran di Sandakan hari ini dan mengancam perkara buruk akan menimpanya jika beliau terus mengkritik seorang individu ternama.
https://1.bp.blogspot.com/-nkdSsMyt-IE/WHXcof6VHmI/AAAAAAAAXeg/nx9w3JKdxuggC7jjsB3BsQVccNwswh3TQCLcB/s400/3.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-nkdSsMyt-IE/WHXcof6VHmI/AAAAAAAAXeg/nx9w3JKdxuggC7jjsB3BsQVccNwswh3TQCLcB/s72-c/3.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/01/pengasas-gerakan-anak-muda-selamatkan.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/01/pengasas-gerakan-anak-muda-selamatkan.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy