Pemandu Uber Ditahan Rogol Gadis 22 Tahun.
Seorang bekas pemandu Uber ditahan di Texas kerana didakwa
merogol seorang gadis semasa dalam perjalanan membawa pulang pelanggan itu ke
rumah.
Jabatan Polis San Antonio mengenal pasti suspek sebagai
Garbriel Vasquez, 40.
Vasque berdepan dengan dakwaan kerana melakukan keganasan
dalam insiden itu yang dilaporkan berlaku pada Oktober 2016.
Menurut saluran KHOU 11, memetik pihak berkuasa sebagai
berkata, sebelum kejadian gadis berusia 22 tahun itu dalam keadaan mabuk di
sebuah bar.
Gadis itu kemudiannya dibantu dibawa masuk ke dalam sebuah
kereta Uber yang ditunggu oleh kakitangan bar.
Satu laporan polis dibuat berhubung insiden di mana Vasquez
membantu mangsa yang dalam keadaan separuh sedar itu masuk ke dalam rumahnya.
Menurut laporan yang diperoleh KHOU, Vasque membawa mangsa
sehingga ke katil sebelum menanggalkan pakaiannya.
Mangsa kemudiannya melaporkan mengenai insiden berkenaan
kepada polis dan Uber pada hari berikutnya.-mStar Online
Ulasan
Catat Ulasan