Lelaki Sudah Miliki 86 Isteri Dan 170 Anak Mahu Berkahwin Lagi.

Cuba anda bayangkan bagaimana rasanya jika memiliki isteri 86 orang dan mempunyai 170 anak? Itulah yang dialami oleh Mohammed Belo Abubakar yang telah berkahwin dengan 86 perempuan dan memiliki 170 anak.

Walaupun begitu, Belo menyarankan agar lelaki di luar sana agar tidak mengikuti jejaknya. “Hanya kerana bantuan Tuhan saya mampu mengatasi persoalan keluarga,” kata Belo.

Dia mengaku bahawa perempuan-perempuan itulah yang menyerahkan dirinya dan minta dikahwini. Menurut Belo, mereka minta dikahwini lantaran kemampuan dirinya yang mampu menyembuhkan bermacam penyakit.

“Saya hanya berfikir bahawa Allah telah menetapkan takdir saya menjadi begini,” ujar Belo, seperti yang dinyatakan oleh Konseling.net.

Sebahagian besar isteri-isteri Belo adalah seperempat usianya dan terdapat juga beberapa di antaranya lebih muda dari anaknya sendiri Alias gadis yang masih perawan.

Surat khabar Nigeria juga menjadikan kisah Belo ini sebagai satu berita hangat di dada-dada akbar. Sementara Belo sendiri dikatakan setuju untuk memulangkan semula 82 isterinya kepada keluarga mereka, kerana dalam agama Islam juga mengatakan bahawa seorang lelaki hanya boleh berkahwin dengan empat orang perempuan asalkan dalam keadaan tertentu dan mampu berlaku adil.

Tetapi, berita tersebut telah dibantah oleh Mohammed Tahir, juru bicara Belo Abubakar. “Belo tidak akan menceraikan isteri-isterinya malah Belo akan berkahwin lagi,” ujar Tahir.

Kebanyakkan wartawan di Nigeria pun telah mewawancara Belo Abubakar beberapa ketika dulu ketika dia menyatakan bahawa tidak ada ketentuan di dalam Al-Quran yang mengandungi larangan memiliki isteri lebih dari empat orang. Dalam wawancara dengan BBC, Belo Abubakar mengemukakan bahawa Allah telah memberinya kekuasaan untuk mengawal 86 isterinya.

Walaupun begitu, pihak berkuasa Islam Nigeria, Dewan Agung Nigeria Urusan Islam (NSCIA), mengeluarkan kecaman kepada Belo yang dianggap melakukan perbuatan syirik kerana mengeluarkan kenyataan bahawa dia mampu berhubung dengan Allah SWT.


“Sultan mendesak kaum Muslimin agar jangan menghiraukan kelakuan Bello Abubakar yang melanggar syariah Islam, yang hanya memperbolehkan seorang lelaki beristeri empat sahaja,” kata salah seorang anggota NSCIA.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.