Disangka Kena Culik, Rupanya Ponteng Sekolah.

Seorang murid tahun tiga sebuah sekolah kebangsaan di sini dilaporkan hilang ketika berjalan kaki ke sekolah selepas dikesan tidak muncul sehingga jam 11 pagi kelmarin.

MELAKA TENGAH - Seorang murid tahun tiga sebuah sekolah kebangsaan di sini dilaporkan hilang ketika berjalan kaki ke sekolah selepas dikesan tidak muncul sehingga jam 11 pagi kelmarin.

Kehilangan budak berusia 9 tahun itu bukan saja mencemaskan pihak sekolah, malah turut tersebar dalam laman sosial apabila keluarganya bertindak membuat laporan di Balai Polis Tengkera.

Bagaimanapun, persoalan terjawab apabila kanak-kanak itu dilihat berjalan kaki di jambatan Jalan Syed Abdul Aziz di Banda Hilir oleh orang awam lalu memaklumkan keluarga yang tinggal di Jalan Ong Kheng Hoon, di sini.

Nenek murid berkenaan yang berusia 65 tahun berkata, biasanya dia menghantar cucunya itu dengan seorang lagi cucu berusia 13 tahun ke sekolah.

Bagaimanapun, katanya, pagi kelmarin, cucunya itu memberitahu mahu berjalan kaki ke sekolah yang terletak di Gajah Behrang, kurang satu kilometer dari rumah mereka.

“Dia minta saya hantar beg sekolahnya ke kelas selepas hantar kakaknya.

“Tapi bila saya sampai di kelasnya dan letakkan beg sekolah, kawan-kawan dia beritahu belum sampai.  Saya cemas terus jumpa cikgu bagitau hal itu,” katanya.

Menurutnya, selepas mencari, dia kemudian membuat laporan polis kira-kira 11.30 pagi dan memaklumkan anaknya juga ibu murid berkenaan yang bekerja di Singapura untuk segera pulang ke Melaka.

“Dalam jam 5 petang, ada individu telefon beritahu ada ternampak cucu berjalan kaki di jambatan, sebelum ibunya pergi ke sana dan memujuknya untuk menaiki kereta," katanya.

 Menurut ibu kanak-kanak itu yang enggan namanya dikenali, anaknya memberitahu tidak mahu ke sekolah disebabkan enggan menyertai aktiviti ko-kurikulum selepas waktu persekolahan.


Sementara, budak itu  mengakui berjalan-jalan ke kawasan pelancongan di Dataran Belanda selain memasuki Pasar Raya di Banda Hilir.-Sinar Harian

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,391,Artis Dalam Negara,17,Artis Luar Negara,16,Berita Menarik,948,Berita Semasa,1303,Islam,101,Kantoi Luar Negara,17,Kes Kantoi,433,Kes Rogol,353,Kesihatan,79,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1175,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,201,Politik Dalam Negara,5,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,11,Rumah Tangga,344,Sukan,129,Sukan Luar Negara,11,Video,534,Video Kantoi,8,Video Luar Negara,27,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Disangka Kena Culik, Rupanya Ponteng Sekolah.
Disangka Kena Culik, Rupanya Ponteng Sekolah.
Seorang murid tahun tiga sebuah sekolah kebangsaan di sini dilaporkan hilang ketika berjalan kaki ke sekolah selepas dikesan tidak muncul sehingga jam 11 pagi kelmarin.
https://1.bp.blogspot.com/-SvXbXyb7p_8/WHb42VfdKsI/AAAAAAAAXkI/_pxj84W4SPo6tr_xo5cWI-43gfKuDYJXQCLcB/s400/image.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-SvXbXyb7p_8/WHb42VfdKsI/AAAAAAAAXkI/_pxj84W4SPo6tr_xo5cWI-43gfKuDYJXQCLcB/s72-c/image.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/01/disangka-kena-culik-rupanya-ponteng.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/01/disangka-kena-culik-rupanya-ponteng.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy