Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Cari Sesuatu Yang Ganjil Dalam Gambar Gadis Ini

Imej
Gambar di atas memaparkan enam wanita jelita yang sedang duduk bersama. Sekilas pandang pada gambar ini memang tiada yang salah, tapi kalau anda perhatikan betul-betul, ada yang tidak kena pada gambar ini. Setelah gambar ini dimuatnaik ke Reddit oleh pengguna akaun jr0d7771, ramai Netizen yang mempersoalkan kejanggalan dalam gambar enam orang gadis jelita ini. “Cari kaki wanita yang duduk di bahagian tengah sofa”, kapsyen yang ditulis oleh pengguna reddit jr0d7771. Kalau dilihat pada gambar ini kelihatan seolah-olah gadis yang duduk di tengah mempunyai sepasang kaki. Tetapi jika diperhatikan dengan lebih teliti lagi, seorang dari enam gadis itu yang duduk di bahagian tengah sofa tidak memiliki kaki. Ada netizen yang memberikan komen bahawa gadis pertama dan kedua dari kiri menutupi kaki gadis yang duduk di bahagian tengah sofa dan ada yang memberikan komen gadis kedua dari kiri itu menyembunyikan kakinya di belakang gadis yang berada di hujung sofa. Apa pula jaw

Wanita Mengandung 7 Bulan Diganggu Secara Seksual Oleh Doktor Klinik Kerajaan.

Imej
TEMERLOH – Seorang wanita yang mengandung anak sulung berusia tujuh bulan trauma setelah diganggu secara seksual seorang ‘doktor pakar’ klinik kerajaan selepas  menerima rawatan di sebuah klinik kerajaan di sini, semalam. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti 20-an berkata, ‘doktor pakar’ terbabit mengganggu secara seksual selepas mendapat butiran peribadi dirinya daripada kakitangan klinik kerajaan terbabit. Menceritakan semula kejadian, Siti berkata, dia bersama suami pergi mendapatkan rawatan pemeriksaan berkala ibu mengandung di klinik kerajaan, kira-kira jam 8.15 pada Rabu. Menurutnya, selepas menjalani rawatan dalam tempoh setengah jam di klinik tersebut dia pulang seperti biasa ke rumah ibu mentuanya di bandar ini. “Waktu sampai di tempat kerja petang tu, saya terima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dia doktor pakar. “Saya jawablah semua soalan macam biasa sebab dia nampak macam tahu semua. Tapi saya pelik bila dia mula tanya bebera

Arwah 'Minta' Gali Kubur

Imej
Bulukumba, Indonesia: Satu keluarga di sini bertindak menggali semula kubur seorang ketua kampung yang baru meninggal dunia selepas sering bermimpi saudara mereka itu masih hidup. Kira-kira 3,000 penduduk berkumpul di tanah perkuburan kampung Tanah Harapan di Rilau Ale pada Rabu lalu untuk melihat kubur itu digali semula. Ketua kampung yang dikenali sebagai Umar itu dilaporkan meninggal dunia pada 13 Disember lalu akibat sakit. Bagaimanapun, kuburnya digali semula selepas ahli keluarganya sering bermimpi lelaki itu masih hidup dan merayu dia segera dikeluarkan dari kubur. Isteri Umar, Mira, 40, berkata, dia dan beberapa ahli keluarganya yang lain sering bermimpi suaminya masih hidup di dalam kubur. Mimpi keluarga arwah tidak menjadi nyata,Setelah proses penggalian kubur ketua kampung itu berlangsung dan jasadnya dinaikkan dari liang lahat,jasad tidak hidup dan masih terbujur kaku. jasad arwah bahkan sudah berbau. Akhirnya jasad dikuburkan semula.

Balasan Si Tamak: Wanita Berkahwin Dengan Lelaki Tua Terpaksa Berputih Mata.

Imej
AMPHOUX bergambar dengan Sandrine selepas majlis perkahwinan mereka pada 2011 Paris: Seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki tua kerana harta akhirnya terpaksa berputih mata selepas suaminya meninggal wasiat untuk mewariskan semua hartanya kepada orang lain. Sandrine Devillard baru-baru ini kalah dalam tuntutannya di mahkamah bagi mencabar wasiat suaminya, Marcel Amphoux yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada November 2012. Dalam wasiat yang ditulis hanya beberapa minggu sebelum Amphoux, 68, meninggal dunia, lelaki itu mewariskan semua wangnya kepada sepupu perempuannya. Dalam wasiat ditulis di belakang sampul surat itu, Amphoux turut mewariskan semua pondok miliknya di kawasan pergunungan di Perancis kepada penyewa. Amphoux dikenali dengan sifatnya yang pelik termasuk jarang mandi dan hidup di dalam pondok tanpa bekalan elektrik atau air di kampung Puy-Saint-Pierre di pergunungan Alpine.

5 Gambar Polis Ditikam Hingga Terburai Perut Kerana Roti Canai.

Imej
Roti Canai Punya Pasal Seorang anggota polis berpangkat Konstabel nyaris maut ditikam seorang lelaki hanya kerana salah faham ketika memesan roti canai di sebuah restoran di Menara A, Kondominium Selayang Point, Batu Caves, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 5.40 pagi, mangsa yang juga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman berusia 26 tahun ke restoran berkenaan bersama tiga rakannya dan memesan roti canai daripada seorang lelaki yang disangkakan pekerja restoran terbabit. Bagaimanapun, lelaki itu dikatakan tidak mengendahkan mangsa dan beredar dari premis terbabit. Seorang lagi lelaki, dipercayai rakan lelaki tadi kemudian dikatakan menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa, menyebabkan mangsa tidak berpuas hati dan mengejar individu itu hingga ke lobi tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata berlaku pergaduhan antara mangsa dan lelaki itu sebelum mangsa ditikam di perut menggunakan senjata tajam manakala, lelaki it

Siapakah Sebenarnya Barbarossa Yang Sangat Ditakuti Oleh Orang-Orang Eropah Selama Berabad-Abad.

Imej
Anda yang gemar membaca komik Asterix dan anda yang pernah menonton filem 'Pirates of The Carribean', tentu ingat watak jahat 'Barbarossa' bukan? Sejak zaman pertengahan, aneka macam karya fiksyen Eropah dan Amerika biasa menggunakan nama Barbarossa untuk menamakan watak seorang penjahat (biasanya seorang lanun laut jahat). The Barbarosa Brothers Pada abad ke-15 Masihi, di Laut Mediterranean ada dua pelaut bersaudara yang disebut The Barbarossa Brothers. Kedua-dua tokoh ini menjadi legenda dalam dunia lautan dan merupakan tokoh pelaut yang sangat ditakuti orang-orang Eropah pada zamannya. Kebiasaannya ialah merampas barang-barang berharga yang dibawa oleh kapal-kapal milik kerajaan-kerajaan Eropah yang melintasi Laut Mediterranean. Awak kapal yang dirampas biasanya diberi dua pilihan; mati kerana melawan atau hidup dengan menyerah secara sukarela. Siapakah sebenarnya Barbarossa yang sangat ditakuti oleh orang-orang Eropah selama berabad-abad itu? Me

Bersyukurlah Jika Anda Belum Pernah 'Kena Tindih'.

Imej
SATU bayangan hitam umpama syaitan tidak bermuka terapung berhadapan diri anda yang sedang tidur. Bayangan tersebut mengeluarkan bunyi nyaring menyeramkan yang menikam telinga. Tangan-tangan hantu mencekik leher seolah-olah mahu membunuh. Ketika semua ini terjadi, anda sedar tetapi langsung tidak boleh bergerak, mengeluarkan suara. Kisah di atas bagaikan diolah semula dari sebuah filem ngeri dengan tujuan untuk menakutkan pembaca, namun ia berlaku sendiri kepada penulis yang ketika itu berusia belasan tahun. Kini, selepas membaca berpuluh-puluh mahupun beratus-ratus kisah hampir serupa dari individu lain di serata dunia dan beberapa siri penyelidikan sendiri, barulah penulis tahu pengalaman 'kena tindih' yang dipanggil masyarakat tempatan tersebut mempunyai terma saintifiknya sendiri. Keadaan tersebut dikenali sebagai 'sleep paralysis' yang berlaku sebelum individu memasuki fasa mimpi atau REM (rapid eye movement). Ketika fasa tidur REM, badan

Gadis Berusia 15 Tahun Yang Datang Haid Mati Gara-Gara Adat Kuno

Imej
Kathmandu – Seorang gadis berusia 15 tahun meninggal dunia akibat amalan adat kuno, ‘Chhaupadi’ di barat Nepal, lapor polis, hari ini. Pegawai polis, Badri Prasad Dhakal, berkata Roshani Tiruwa dipaksa mengasingkan diri dan tinggal dalam kandang yang kurang udara kerana datang bulan. Adat itu sudah diharamkan oleh kerajaan sejak 2005. Mayat remaja itu ditemui oleh bapanya pagi Ahad lalu dalam sebuah pondok yang diperbuat daripada lumpur di kampung Gajra, daerah Achham, kira-kira 440 kilometer dari barat Kathmandu. “Kami menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematiannya. Kami percaya dia mati lemas. “Mangsa menyalakan api untuk memanaskan badan sebelum tidur di dalam kandang yang tiada pengudaraan,” kata Badri kepada Reuters menerusi telefon dari Sanfebagar, bandar utama, di sini. Menurut kepercayaan ‘Chhaupadi,’ wanita datang bulan dianggap pembawa malang kepada masyarakat, oleh itu mereka dilarang minum susu dan dibenar makan sedikit sahaja da

Umur 13 Tahun Gadis Ini Paling Cantik Dalam Kelasnya, 5 Tahun Kemudian?

Imej
Pada usinya 13 tahun Margherita Barbieri adalah gadis yang paling cantik dalam kelasnya. Namun, segalanya berubah hanya disebabkan satu impian. Impiannya untuk bergelar penari ballet professional. Segalanya okay pada mulanya hingga Margherita mendapat instructor yang sangat tegas.  Dia mengatakan peha Margherita terlalu besar untuk menjadi penari ballet. Sejak itu dia terpaksa diet yang teruk hingga beratnya menjadi 25kg sahaja daripada 55kg.   Disebabkan impiannya untuk menjadi seorang penari ballet professional, Margherita tak sedar yang dirinya kini seorang aneroxia.  Beruntung dia sedar dan akhirnya melupakan cita-citanya bergelar penari ballet. Dia mula makan dan ambil kalori secara normal. Kini, Margherita dapat semula tubuh badan yang ideal dan sihat. Tak kisah lah nak jadi apa pun. Yang paling penting pastikan badan kita dalam keadaan sihat okay? Jangan siksa diri kita kesian dia :(

Skuad ‘Pembunuh Wanita Simpanan’

Imej
Beijing – Seorang wanita memilih kerjaya pelik tetapi menguntungkan apabila membantu golongan isteri membalas dendam terhadap wanita simpanan suami mereka sejak sedekad lalu. Zhang Yufeng dilaporkan membantu ribuan isteri ‘pulih’ daripada rasa perit akibat suami yang curang dengan mengumpulkan bahan bukti untuk kes mahkamah. Dia juga membantu membawa mereka kepada wanita yang dianggap perosak rumah tangga untuk memukul dan memalukan mereka. Zhang – yang lebih popular digelar ‘pembunuh wanita simpanan’ berkata, dia terpanggil untuk melakukan kerja itu selepas suaminya sendiri curang dan menceraikannya pada 1990-an. Zhang yang enggan mengalah dan bersedih memutuskan membalas dendam dan menjejaki suaminya dan wanita simpanan terbabit hingga memaksa mereka melarikan diri serta berpindah dari satu tempat ke tempat lain untuk mengelaknya. Tidak lama selepas itu, dia dihampiri seorang wanita meminta bantuan membalas dendam untuk anaknya yang kemurungan dan kemudian memb

Cara Kreatif Elak Saman Trafik

Imej
BEIJING: Sebilangan pemandu kenderaan berat di China bertindak kreatif termasuk sanggup membayar orang awam untuk berdiri dan berpaut di hadapan kenderaan mereka bagi tujuan menutup nombor plat demi mengelak saman trafik. Polis di Liujiang dalam wilayah Guangxi berkata, mereka berhadapan 15 kes sepanjang tahun ini membabitkan tindakan pemandu cuba menutup nombor kenderaan mereka dengan pelbagai cara, demikian lapor Nanguo Today News. Selain itu terdapat juga pemandu yang menggunakan kertas, CD serta alat kawalan juah bagi menutup atau menukar nombor pendaftaran kenderaan mereka. Sebahagian daripada jalan yang menghubungkan Liuzhou dan daerah-daerah berdekatan digunakan oleh kenderaan berat. Sehubungan itu bagi mengelak kesesakan, pihak berkuasa memperkenalkan jadual masa perjalanan mengikut angka pada nombor pendaftaran. Ini bermakna hanya kenderaan dengan nombor tertentu dibenarkan menggunakan laluan berkenaan pada satu-satu masa. Bagaimanapun kebanyakkan p

Work Out 4 Minit Ini Lagi Berbaloi Dari Berjam-jam Di Gym

Imej
Ramai yang mahukan badan yang sihat dan fit. Tapi tak ramai yang bahagikan masa mereka untuk work out. Mungkin kebanyakan dari kita fikir kalau nak work out harus pergi ke gymnasium sedangkan kita boleh lakukan di mana sahaja, termasuklah bilik tidur. Lakukan 5 langkah ini dengan masa yang ditetapkan, anda dah tak perlu bazir masa di gym berjam-jam dah. Oleh: Aimi Nordin Sumber: Brightside. - era.fm Lakukan semua ini seberapa banyak set yang anda inginkan.  1. Squats - 60 saat 2. Push ups - 30 saat 3. Jumping Jacks - 45 saat 4. Lunges - 60 saat 5. Mountain Climbers - 30 saat

Video Dua Pemilik Rumah Mayat Bertumbuk Berebut Pesakit Yang Nak Mati

Imej
Beijing – Dua pemilik rumah mayat bertumbuk di sebuah hospital kerana berebut hak untuk membakar mayat seorang pesakit yang ketika itu masih belum mati. Kejadian berlaku di Hospital Bandar Dalian di wilayah Liaoning, timur laut China, semalam. Kedua-duanya bertumbuk dan menendang satu sama lain sebelum pekerja masing-masing menyertai pergaduhan itu ketika doktor berusaha merawat pesakit yang tenat itu di pusat trauma hospital berkenaan. Kedua-dua pemilik rumah mayat itu, Cong dan Cui tiba di hospital jam 7 pagi selepas mengetahui keadaan pesakit terbabit. Mereka cuba mempengaruhi anggota keluarga pesakit untuk mendapatkan hak menjalankan khidmat membakar mayat. Syarikat pengurusan mayat di China meraih keuntungan besar dengan menjalankan kegiatan itu. Menurut laporan, Cong dan Cui serta lima yang lain bertumbuk serta menendang satu sama lain sehingga mereka dileraikan oleh polis. Pihak berkuasa kemudian menahan semua lelaki tamak itu atas tuduhan mencetus

Budak Lelaki Berusia 12 Tahun Mati Diseksa Oleh Pasangan Suami Isteri Kerana Dituduh Merogol Budah 5 Tahun.

Imej
Seorang budak lelaki berusia 12 tahun, meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan apabila dia diseksa hingga mati oleh sepasang suami isteri yang menuduh budak itu merogol anak perempuan mereka yang berusia lima tahun. Pemeriksaan yang dijalankan ke atas kanak-kanak perempuan berkenaan bagaimanapun tidak menemui bukti dia dirogol. Budak tersebut, yang merupakan anak yatim piatu, telah diculik dan diikat di kerusi, sebelum dipukul dengan penukul selama beberapa jam. Dia kemudiannya ditikam dan dilemaskan dengan menggunakan beg plastik serta kusyen.  Mangsa dibunuh selepas melalui penderitaan selama 10 jam.  Pembunuhan itu dilakukan oleh pasangan suami isteri, Johana Mora Villagran dan Pablo Morales Correa.  Mereka dibantu oleh dua lagi jiran mereka di Temuco, Chile. Sementara itu, pendakwaraya, Roberto Garrido memberitahu salah seorang daripada suspek telah menyediakan tempat untuk menyeksa budak terbabit manakala yang lain terlibat dalam penderaan itu. “Ibu ba

[Video] Buli Bikin Sebak. Jangan Biarkan Pembulian Bermaharajalela!

Imej
Sekiranya situasi seperti ini terjadi di hadapan mata anda, pastikan anda bertindak dengan betul. Jangan biarkan pembulian bermaharajalela!

Remaja 14 Tahun Dikurung Dan Dirogol Bergilir-Gilir Oleh 6 Lelaki.

Imej
Kuala Terengganu – Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas mendakwa dirogol enam lelaki tidak dikenali sejak September lalu dalam dua kejadian berasingan di Kuala Nerus. Tragedi hitam menimpa mangsa berusia 14 tahun itu bermula ketika dia bersama rakan perempuan berada di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Nerus, jam 1 pagi awal September lalu Menurut sumber, mangsa dan rakannya dihampiri dua lelaki tidak dikenali yang mengajak mereka bersembang di sebuah rumah di kawasan Seberang Takir yang berjanji tidak melakukan apa-apa. “Mangsa mulanya enggan menerima ajakan dua lelaki itu sebelum bersetuju selepas rakannya meninggalkannya keseorangan di tempat berkenaan kerana keluar bersama rakan lain. “Sebaik tiba di rumah dimaksudkan, seorang lelaki tidak dikenali datang sebelum ketiga-tiga mereka merogol mangsa bergilir-gilir sebelum seorang suspek menghantar mangsa pulang ke rumah jam 4 pagi,” katanya. Sumber itu berkata, kejadian sama berulang apabi

Jin Untuk Dijual, Walaupun Tahu Pekara Ini Syirik, Tetap Dapat Sambutan.

Imej
Dek kerana mendapat permintaan tinggi dan mempunyai pembeli tegar, segelintir pengamal ilmu hitam menjadikan jin sebagai bahan dagangan untuk mendapatkan keuntungan mudah biarpun perbuatan itu dilarang agama. Dengan harga antara RM500 hingga RM1,000 setiap satu, jin jualan pengamal ilmu hitam itu akan menjalankan tugas 'tuan barunya' termasuk memberikan rasa hormat, pelaris perniagaan, menimbulkan gerun dan penunduk bergantung kepada hasrat pemilik. Mahu diri diberi perhatian, murah rezeki serta ditakuti adalah antara punca golongan tertentu mendapatkan khidmat jin untuk membantu mereka mencapai apa yang dihajati itu. Antara golongan paling gemar menggunakan khidmat makhluk dari alam lain itu ialah orang politik, ahli perniagaan, selebriti dan mereka yang ingin mendapatkan kedudukan lebih baik daripada dimiliki sebelum ini. Perkara ini didedahkan pengamal perubatan Islam, Tuan Asmawi Tuan Umar yang mengesahkan pembelian atau istilah 'mema

5 Cara Mudah Untuk Hilangkan Jerawat Dalam Satu Malam!

Imej
Tak sukanya bila jerawat datang singgah pada wajah. Bukan je datang tanpa diundang, nak hilangkan pun susah. Satu dua jerawat boleh tahan lagi, tapi kalau dah penuh jerawat satu muka, memang sakit hati. Kami akan kongsikan cara untuk hilangkan jerawat dalam satu malam sahaja. Tak percaya? Cuba dulu baru tahu!   1. Gel aloe vera   Kalau rajin, tanamlah aloe vera di rumah. Memang banyak khasiatnya. Aloe vera memiliki kandungan anti-bakteria dan juga anti-radang yang mengurangkan kemerahan dan juga iritasi kulit. 2. Madu Khasiat madu dan kebaikannya sangat mujarab untuk menghilangkan jerawat. Madu merupakan antibiotik natural yang membunuh bakteria penyebab jerawat. Ia juga melembap dan menjadikan kulit anda lebih sihat. 3. Bawang putih Bawang putih mengandungi anti-bakteria yang boleh melawan jerawat. Hancurkan seulas bawah putih dan tambah sedikit air Sapu pada kawasan berjerawat selama 10 minit. Jangan letakkan bawang putih pada kulit tanpa air

Tiada Istilah Buncit Air. Ni Punca Sebenar Perut Buncit

Imej
Ramai yang tak tahu apa sebenarnya punca perut kita menjadi buncit. Perut menjadi buncit disebabkan oleh makanan yang melebihi energi yang diperlukan oleh badan kita. Apabila anda makan terlalu banyak dan kurang bersenam makan penumpukan lemak akan tertumpu pada bahagian perut. Perlu diingati juga, tiada istilah lemak air. Ramai yang percaya perut buncit adalah disebabkan oleh minum ais. Tapi sebenarnya tidak. Punca Sebenar Perut Buncit, Alkohol, Makanan ringan, Pengambilan makanan berlemak secara berlebihan, Makan pada tengah malam, Pemanis tiruan, Minuman berkarbonat, Kurang bersenam.

Tak Cuci Make Up Selama Dua Tahun, Gadis Ini Kelihatan Tua Berbanding Usia

Imej
Gadis ini sanggup tak cuci make up di muka selama dua tahun semata-mata nak kelihatan cantik setiap masa. Ketika tidur pun, make up akan dibiarkan supaya kelihatan cantik keesokkan harinya. Gadis berasal dari Korea Selatan ini mula bersolek ketika berusia 14 tahun. Sejak itu, dia tidak boleh lihat wajahnya tanpa make up. Selepas membersihkan solekan di muka selepas 2 tahun, doktor mendapati tekstur kulitnya telah rosak. Difahamkan alat solek tersebut telah menghakis kulit mukanya. Malah, dia juga lebih kelihatan tua berbanding usianya.-ERA fm

Lelaki Berjalan Bogel Di Pusat Beli-Belah Popular Di Kuala Lumpur.

Imej
Seorang lelaki yang bertelanjang bulat dilihat berkeliaran di sebuah pusat beli-belah popular di Kuala Lumpur pada petang Jumaat. Sekeping gambar yang disebarkan di media sosial menunjukkan kelibat lelaki berkenaan dari arah belakang yang mendedahkan punggungnya. Pengguna Twitter, shamxykamal menulis: "Di sebuah pusat beli-belah, ada seorang lelaki berjalan dalam keadaan bogel." Jurucakap pusat beli-belah itu berkata, lelaki bogel itu dilihat di premis tersebut kira-kira pukul 4.30 petang, Jumaat. "Anggota keselamatan kami berjaya menahannya dengan segera. "Kami kemudian membawanya ke pejabat dan memberikan kepadanya beberapa pakaian," kata jurucakap itu kepada The Star. Jurucakap itu berkata mereka cuba bertanya mengapa dia berkelakuan sedemikian namun dia sekadar membisu. "Dia seolah-olah tidak stabil dan enggan menjawab (soalan kami). "Jadi kami tidak tahu sama ada dia warga tempatan atau rakyat asing kerana jelas

Video Wanita Tercampak Ke Lantai Ditendang Ketika Turun Tangga

Imej
Kejam, itulah yang dapat digambarkan apabila seorang wanita ditendang dari arah belakang semasa menuruni tangga sehingga membuatkan dia tercampak ke lantai. Rakaman litar kamera tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita sedang berjalan di dalam stesen metro di Berlin, Jerman semasa dihampiri seorang lelaki yang memegang minuman beralkohol dan rokok. Suspek yang berpakaian jaket kulit dan berseluar jeans kemudiannya menendang wanita itu di bahagian belakang, menyebabkan mangsa jatuh tangga. Dia kemudiannya berlalu pergi, manakala tiga rakannya memandang wanita itu sambil mentertawakannya yang dalam keadaan tertiarap di atas lantai. Menurut media tempatan, wanita itu dibantu orang ramai sebelum dibawa ke hospital. Polis sedang menyiasat rakaman berkenaan, dan mangsa dikatakan berusia 26 tahun membantu siasatan.

Video: Wanita Mengamuk Serang Pengawal Keselamatan

Imej
Singapura – Rakaman video seorang wanita mengamuk mencederakan seorang pengawal keselamatan wanita berbangsa India tersebar di laman sosial. Menurut sebuah portal, difahamkan kejadian yang berlaku di Singapura itu dipercayai berpunca daripada seorang wanita enggan membayar tambang teksi yang dinaikinya. Wanita tersebut cuba untuk melarikan diri namun dihalang oleh pemandu teksi sebelum pengawal keselamatan wanita itu datang untuk meleraikan pertengkaran itu tetapi dia pula yang menjadi mangsa. Malah seorang pekerja sebuah restoran berdekatan turut sama cuba meleraikan pergaduhan itu. Namun wanita yang memakai dress labuh tanpa lengan dan berkasut tumit tinggi itu yang berang dengan ‘campur tangan’ pengawal keselamatan wanita berkenaan tiba-tiba bertindak menendang mangsa di bahagian paha hingga dia tertolak ke belakang. Walau bagaimanapun, pengawal keselamatan wanita itu enggan mengalah dan terus mencengkam tangan wanita tersebut dari terus membuat onar atau menc

Video Lelaki Dera Biawak Jadi Viral Mencetuskan Kemarahan Netizen

Imej
Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang lelaki yang mendera seekor biawak dengan melanggarnya berulang kali telah mencetuskan kemarahan netizen. Video berdurasi satu minit 33 saat yang dimuat naik ke laman Facebook sejak kelmarin itu sehingga kini telah ditonton lebih daripada 320,000 kali. Menerusi rakaman, individu yang merakam video itu mengatakan reptilia tersebut telah memakan ikan mungkin milik mereka sehingga membuatkan mereka bertindak kejam sedemikian. “Amik kau makan ikan lagi haa,” ujar perakam video sambil ketawa kecil melihatkan haiwan tersebut diseksa.  Selepas melanggar lelaki berkenaan dikatakan memukul reptilia berkenaan dengan sebatang kayu dipercayai cangkul. Tidak diketahui nasib reptilia itu, namun dari pengamatan kami, ia mungkin telah mati. Rata-rata netizen menempelak tindakan lelaki berkenaan yang dianggap tidak berperikemanusiaan dan turut meminta video berkenaan dipadamkan. – Mynewshub

Pasangan Ini Sanggup Jual 3 Orang Anaknya Untuk Dapatkan Duit Main Game

Imej
Sampainya hati pasangan ni jual anak-anak mereka hanya untuk dapatkan wang main game. Li Lin dan Li Juan menjual anak keduanya dengan harga kurang dari $500 (RM 2216) manakala anak pertama dan ketiganya dijual dengan harga $4600 (RM 20393). Namun disebabkan bil bermain game mereka terlalu tinggi, mereka tetap tak mampu bayar. Pasangan ni hanya menghabiskan masa di cyber cafe hanya untuk bermain permainan online sejak berjumpa pada 2007. Ini lah yang terjadi bila kita terlalu taksub dengan sesuatu sampai sanggup menggadaikan darah daging sendiri. - Oleh: Aimi Nordin. - ERA fm

Wanita Punggung Besar Lebih Sihat Dan bijak

Imej
Apabila kelas Yoga mingguan kami tidak disertai pelajar lelaki, pelajar wanita yang terdiri ,daripada pelbagai latar usia dan saiz badan berasa sedikit seronok dan selesa. Inilah waktu kami bertanya pelbagai soalan berkaitan isu kesihatan kewanitaan termasuk asana (senaman) untuk kesihatan organ dalaman dan tubuh wanita. Salah satu daripadanya ialah untuk menegangkan payudara dan punggung, malah ia adalah kebimbangan utama kebanyakan wanita berkahwin dan mempunyai anak. Ya, kita semua mahu bentuk badan menarik, sekurang-kurangnya sihat dan cantik dipandang. Justeru, guru yoga kami menawarkan pelbagai tips dan asana yang boleh membantu daripada aspek itu. Selain itu, beliau turut mengajar wanita asana mengatasi masalah uretra lemah. Masalah ini menyebabkan wanita kerap membuang air kecil. Ia juga lazimnya dikaitkan dengan faktor melahirkan anak atau uteras “turun” menekan pundi kencing. Dalam kesibukan melatih dan menyempurnakan asana, seorang pelajar berc