Cara Mudah Cari Berlian Ialah Di Bawah Pokok Pandan – Ahli Geologi
Semua orang tahu berlian adalah perhiasan yang ada nilai
yang sangat tinggi.
Namun, tak semua orang mampu untuk memiliki berlian dek
kerana harganya yang mahal.
Ahli geologi daripada Universiti Antarabangsa Florida dalam
penemuan terbaru memberitahu bahawa, kemungkinan terdapat berlian asli dibawah
pokok pandan.
Menurutnya, berlian biasanya tersembunyi dibawah tanaman
ini, kerana berlian pada mulanya terbentuk jauh didalam dasar tanah dan akan
naik ke permukaan oleh kesan volcanic.
Seterusnya berlian akan terkumpul di kawasan batu yang
disebut sebagai kimberlite.
Menariknya, pokok pandan biasanya tumbuh dikawasan yang ada
banyak batu kimberlite ini. Dan tak hairan kalau ramai orang cari pokok pandan
demi berlian!
So siapa yang ada pokok pandai dihalaman rumah, besar
kemungkinan ada berlian kat bawah pokok tu!- Oleh Syazwan Aizad. Sumber ERA fm
Ulasan
Catat Ulasan