Video: Kantoi Bawa Isteri Orang Keluar Tanpa Kebenaran, Lelaki Acu Pistol Pada Si Suami
ALOR SETAR - Dua kakitangan syarikat berkaitan kerajaan
(GLC) ditahan polis selepas terbabit dengan ugutan jenayah membabitkan
penggunaan senjata api dalam pergaduhan Jumaat lalu, lapor Harian Metro.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten
Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, kedua-dua lelaki yang berusia 33 dan 36
tahun itu ditahan sebaik saja mereka menyerah diri di Balai Polis Kepala Batas,
jam 9 malam.
Polis juga turut merampas sepucuk pistol jenis Revolver
bersama lima butir peluru dari seorang daripada suspek berkenaan.
Dalam kejadian pada 21 Oktober lalu, suspek disyaki membawa
keluar dua wanita berusia 30'an tanpa kebenaran suami wanita terbabit untuk
beberapa hari.
"Perkara itu akhirnya diketahui oleh suami wanita
terbabit yang bertindak memintas kenderaan suspek di hadapan restoran di Jalan
Sultanah Bahiyah, kira-kira jam 2 petang sebelum berlaku pertikaian dan
pergaduhan di antara suspek dengan suami kepada wanita berkenaan.
"Seorang daripada suspek kemudian mengeluarkan pistol
dan mengacukan ke arah suami," katanya.
Orang awam yang menyaksikan kejadian itu kemudian bertindak
membantu suami wanita itu untuk menenangkan keadaan.
Siasatan awal polis mendapati, lelaki berkenaan adalah
kakitangan Bahagian Kawal Selia yang berkhidmat dengan sebuah syarikat GLC.
Suspek kini direman sehingga 27 Oktober dan kes disiasat
dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.- The Reporter
Ulasan
Catat Ulasan