Rupanya 5 Bulan Lalu Abang Ipar Mangsa Nahas Duke Pernah Dedah Sikap Sebenar Adik Beradik
Baru baru ini menjadi viral kisah dakwaan pecah amanah yang
dilakukan oleh bapa saudara anak mangsa nahas Lebuhraya DUKE. Tidak tahan
dikecam, bapa saudara membuat keputusan untuk
Namun, sebenarnya kisah yang menjadi viral ini rupanya sudah
lama berlaku. Kami kongsikan kisah sebenar yang dimuat naik turun abang ipar
mangsa pada May 2016. Memang menyedihkan. Hmm
Cerita sebenar yang berlaku
Assalamualaikum....kepada semua kenalan di Alam Maya ..FB
yang dikasihi...Saya & Isteri mengambil peluang ini mengimbau kembali
sejarah setahun yang lalu dengan Tragedi Kemalangan Duke meninggalkan 2 orang
kanak2 AMIRA & AQILA menjadi Yatim Piatu.
Masa berlalu begitu cepat dan sudah setahun tragedi
kemalangan DUKE yang menimpa sekeluarga meninggalkan 2 orang waris yang masih
belum mengerti kehidupan sebenar yang bakal dilalui.
2 orang Kanak2 ini AMIRA & AQILA telah menjadi Yatim
Piatu dalam sekelip mata. Inilah suratan takdir yang telah ditentukan nasib
mereka...Secara tidak Langsung kami sekeluarga telah memikul tanggung-jawab ini
bagi mendidik dan membesarkan mereka seperti anak2 kami yang lain.
Menggalas tanggung jawab ini bukan semudah bicara mulut atau
sekadar bertulis....kenyataan sebenarnya kami lalui sekeluarga mendapat
tentangan dari pelbagai pihak terutama dari ahli keluarga sendiri yang terdekat
juga waris-waris AMIRA & AQILA.
Walaupun isteri saya adalah ibu saudara mereka (Kakak kepada
Arwah Papa AMIRA & AQILA) kini dipanggil MAMA dan saya dipanggil BABAH
sudah tidak asing bagi mereka berdua dan kami curahkan kasih sayang sebagai
pengganti ibu dan ayah mereka hingga sekarang.
Sejak 1 minggu selepas peninggalan ibu bapa mereka , Dua 2
anak ini tinggal bersama kami sudah pun hampir 1 tahun......waris-waris
terdekat ...apa tah lagi bapa2 saudara dan Ibu saudara lainya termasuk sepupu2
anak-anak ini tidak pernah mengaku secara jujur... hakikat sebenar bahawa kami
lah yang menjaga mereka hingga sekarang.
Semua keperluan anak2 ini kami sediakan mengikut kemampuan
kami dan Belum pernah hingga hari ini mana2 saudara-saudara terdekat menjaga
mereka lebih dari 12jam. Sekali sekala kedua2 anak ini hanya dibawa
bersiar-siar selepas itu dihantar balik kepada kami... ...begitulah seterusnya.
Hinggalah hak jagaan turut dibantah dan tidak dipersetujui
atas dasar yang tidak berasas walaupun Isteri telah mendapat perintah jagaan
sementara dari Mahkamah Tinggi Syariah secara undang-undang telah tidak
diktiraf oleh saudara-saudara sendiri.
Pulak ada antara waris-waris anak ini membuat pengakuan
palsu dengan alasan menyatakan AMIRA & AQILA dibawah jagaan mereka bagi
menuntut wang insuran Papa mereka (telah pun dapat RM50,000) bagi perbelanjaan
anak2 tersebut , tetapi kegunaan sebenar tidak diketahui.
Banyak lagi tindakan yang buat hanya untuk kepentingan
peribadi termasuk hasil SUMBANGAN orang ramai yang dahulunya disimpan oleh
bapa2 saudara anak2 ini yang langsung tidak menjaga pun... tidak pula mahu
menyerahkan sumbangan berkenaan kepada penjaga sebenar bagi kegunaan anak2 tu
walaupun penjaga itu adalah Ibu saudara kanak2 tersebut dengan alasan yang
tidak munasabah.
Huh!! ini Duit Anak2 Yatim sumbangan Orang ramai...fikir
saya kalau x digunakan dengan betul atau salah guna tunggulah padahnya dari
ALLAH. Orang yang tidak pernah menjaga kebajikan kedua2 anak ini pulak yang
simpan dengan penuh agenda sendiri.
Apa yang kami lakukan hingga hari ini adalah dengan ikhlas
dan tiada paksaan untuk menjaga kedua 2 anak ini yang mereka sendiri membuat
pilihan. Mereka amat gembira bersama kami dan kami berjaya memulihkan ingatan
sedih mereka bila mengenang ketiadaan mama dan papa mereka.
Disebabkan pilihan anak-anak ini bersama kami , hubungan
ahli keluarga adik beradik Papa nya yang lain dan juga sebelah mama mereka kini
manjadikan Mahkamah sebagai penentu kehidupan anak2 ini masa depan.
Masing-masing kini terpaksa membuktikan kebenaran yang pada hakikatnya begitu
mudah untuk diselesaikan jika memberi ruang kebebasan hak kedua 2 anak ini.
Banyak kami perolehi kebenaran dan kenyataan serta salah
laku yang dibuat oleh kedua pihak waris-waris anak-anak yatim ini yang menjurus
kepada kepentingan peribadi. Hingga kami terpaksa membuat beberapa laporan
polis bagi mencari kebenaran.......Insyaallah masa yang akan menentukan dan
ALLAH mengetahui kebenaran sebenar. Mungkin bila sudah terbukti
kebenaran.....terlewat bagi mereka2 yang tidak memberi keutamaan kepada
anak-anak yatim ini hak-hak mereka. Kasihan AMIRA & AQILA saya dan Isteri
fikir.
Pada semua Rakyat Malaysia diluar sana yang masih segar
dalam ingatan buat AMIRA & AQILA pada Tragedi Kemalangan DUKE
2015.......kami amat berterima kasih atas semua doa dan sumbangan peribadi yang
disalur terus kepada anak-anak ini.
Kami akan menjaga amanah yang telah ALLAH berikan kepada
kami sebaik mungkin dan akan berusaha mempertahankan HAK-HAK anak ini yang
ditinggalkan oleh Mama & Papa mereka.
Doakan kami supaya dipermudahkan buat Anak- anak ini
membesar dengan kehidupan sebenar dan mendapat keberkatan Dunia & Akhirat.-
BERITA PREMIUM
Ulasan
Catat Ulasan