Bapa Tampil Buat Penjelasan Isu Rampas Anak Di Mahkamah.
Muatnaik video yang menjadi viral semalam mengenai
keengganan seorang ibu melepaskan anaknya untuk diambil oleh bekas suaminya,
dan kini bapa kepada kanak-kanak tersebut tampil membuat penjelasan. Bapa
kepada kanak-kanak tersebut, Datuk SM Faisal Nasimuddin tampil membuat
penjelasan di dalam akaun Instagram miliknya setelah beliau menerima kecaman daripada
netizen selepas muatnaik video tersebut.
Menurut beliau, keluarga bekas isterinya mula mencetuskan
provokasi dengan mengungkap kata-kata kesat kepadanya sehingga mengakibatkan
keadaan menjadi tegang namun beliau masih berada dalam keadaan terkawal.
“Keluarga pihak bekas isteri saya telah melaungkan kata-kata nista kepada saya
dan keluarga.
“Namun saya tidak berkata apa-apa kerana saya hadir ke
mahkamah dengn tujuan untuk bertemu dengan ketiga-tiga anak saya yang sangat
saya rindui,” tulisnya dalam akaun Instagram miliknya. Namun, selepas selesai
prosiding mahkamah, bekas isterinya enggan melepaskan anak beliau sehingga
mereka berada dalam keadaan ketakutan dan kekeliruan.
“Selepas prosing mahkamah, bekas isteri saya telah
menunjukkan keengganan beliau melepaskan anak-anak beliau, kejadian ini
menyebabkan anak-anak saya berasa binggung, keliru dan takut. “Dalam kejadian
inilah bekas isteri saya tiba-tiba rebah ke lantai sambil mendakap anak saya
dengan kuat,”katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa mahkamah
telah membenarkan anak-anaknya tinggal bersamanya selama satu hari dan
meninggalkan anak sulong mereka kepada ibunya kerana kurang sihat.
Tambah beliau lagi, dalam video yang kononnya menampakkan
beliau sedang merampas anaknya itu, beliau menafikan tindakan tersebut dan
menjelaskan bahawa beliau hanya merayu kepada isterinya supaya membenarkan beliau
untuk berjumpa dengan anaknya itu.-SuaraTV
Ulasan
Catat Ulasan