Ya Allah!!! Setelah 7 Bulan Kahwin, Baru Tahu Rupanya Aku Isteri Ke 3

Rupanya Aku Isteri Ke 3
Saya nak berkongsi pengalaman selama saya berkahwin dan bermadu, saya seorang peganggur dan juga isteri ke 3, saya bernikah pada bulan 2/2016 baru saja 7 bulan berkahwin dan selama berkahwin saya tidak tahu yang saya isteri ke 3.

Saya berkenalan dengan suami saya setahun lebih dan dalam masa kami bekenalan bercinta isteri-isterinya tidak pernah mesej atau call bertanya khabar dari situ saya pun tak teragak la fikir dia ini suami orang.

Saya masih muda beza jarak umur kami 20 tahun selepas bernikah saya pelik akan kelakuan beliau yang suka sorokkan handphone suatu hari saya dapat buka lock handphonenya dan melihat mesej isteri kedua saya sabar dan pendam dari dia dan family.

Kadang-kadang kesabaran itu penting sampai satu tahap kesabaran itu hilang apa bila saya dapat tahu isteri kedua mempunyai seorang anak yang berumur dalam 9 bulan saya mengambil tindakan untuk mesej isteri kedua dengan harapan dia boleh menerima saya.

Dia memanjangkan cerita dan bercerita tentang isteri pertama yang mempunyai 3 orang anak yang sama umur dengan saya, Ya Allah makin hancur hati, makin bertambah risau isteri pertamanya tiada di Malaysia isteri keduanya memang duduk di timur dan saya di utara.

Kami mempunyai jarak yang jauh selepas saya bercerita kepada suami tentang segalanya suami mula naik angin pukul saya , maki saya, hina saya, hampir setiap hari kami bergaduh.

Isteri kedua mula mencari siapa saya dan family saya setiap hari dia mesej kacau family saya berceritakan yang saya merampas suami dia subahallah kalau saya tahu dia suami orang saya pun tak nak.

Sekarang dia mula mengacau rakan-rakan rapat saya, saudara mara saya dan semua orang untuk memberitahu yang saya merampas hak dia saya tak tahu apa sebenarnya yang dia mahu.

Dugaan demi dugaan datang, selamat la saya ada kawan yang memahami saya, setiap apa yang saya buat semua bini ke 2 tahu.

Ada suatu hari ni dia cuba call saya dan mesej saya bagi ugutan dekat saya, cakap nak datang rumah la itu la ini la…saya ni yang tak tau apa-apa dia nak serang.

Sekarang suami saya pun berpihak kepada dia, saya tak kesah .. sebab apa yang saya buat, apa yang dia buat Allah s.t.w sahaja yang tahu.

Saya takde masalah dengan isteri pertama, tapi masalah isteri ke dua buat saya pening fikirkn semua nasib saya selepas ini, saya harap kakak dapat menerima saya, kalau kakak tak dapat terima saya takpe kakak nak hak kakak .. kakak ambik la balik.

Saya ingin meminta pendapat rakan-rakan KRT, bagaimana untuk saya selesaikan masalah dengan isteri ke 2 ini.. yang tak boleh menerima saya, semoga rakan-rakan dapat membantu saya. -Kisah Rumah Tangga

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.